Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Penggera
- App Store
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
-
- VoiceOver
- Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver.
- Asas Apple Watch dengan VoiceOver
- Pencerminan Apple Watch
- Kawal peranti berdekatan
- AssistiveTouch
- Gunakan paparan braille
- Gunakan papan kekunci Bluetooth
- Zum
- Ketahui masa dengan maklum balas haptik
- Laraskan saiz teks dan seting visual lain
- Laraskan seting kemahiran motor
- Sediakan dan gunakan RTT
- Seting audio kebolehcapaian
- Taip untuk bercakap
- Pilih auto app difokus
- Gunakan ciri kebolehcapaian dengan Siri
- Pintasan Kebolehcapaian
- Hak Cipta
Semak cuaca pada Apple Watch
Gunakan app Cuaca untuk menjejak keadaan cuaca semasa dan akan datang, tempatan atau di lokasi di seluruh dunia. Anda boleh menyemak butiran cuaca semasa seperti langit cerah atau mendung, suhu, kerpasan, angin, keadaan ultralembayung (UV), keterlihatan, kelembapan dan kualiti udara dengan mudah.
Dapatkan cuaca daripada Siri
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Bagaimana keadaan cuaca?” atau “Apakah ramalan cuaca esok untuk Honolulu?”
Semak cuaca tempatan
Pergi ke app Cuaca pada Apple Watch anda.
Lihat keadaan semasa.
Ketik paparan untuk mengitar menerusi paparan berikut:
Keadaan
Suhu
Kerpasan
Kelajuan angin
Indeks UV
Keterlihatan
Kelembapan
Kualiti udara (tidak tersedia di semua lokasi)
Petua: Anda juga boleh melihat widget Cuaca dalam Tindanan Pintar.
Jika cuaca tempatan tidak kelihatan pada Apple Watch anda apabila anda membuka app Cuaca, pastikan Perkhidmatan Lokasi diaktifkan. Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda, ketik Privasi & Keselamatan, ketik Perkhidmatan Lokasi, kemudian aktifkan Perkhidmatan Lokasi. Pada iPhone, pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi, ketik Cuaca, kemudian pilih pilihan.
Lihat ramalan setiap jam dan 10 hari
Pergi ke app Cuaca pada Apple Watch anda.
Skrol ke bawah satu skrin untuk menunjukkan ramalan untuk 12 jam seterusnya, termasuk keadaan dan cuaca.
Skrol ke bawah lagi untuk menunjukkan ramalan 10 hari.
Lihat metrik cuaca individu
Lihat butiran tentang metrik cuaca individu seperti suhu, kelembapan dan kualiti udara, kemudian menunjukkan maklumat ramalan hanya untuk metrik tersebut.
Pilih metrik: Ketik butang di bahagian kanan atas, kemudian pilih metrik seperti kualiti udara. Putar Digital Crown untuk menunjukkan maklumat ramalan hanya untuk metrik tersebut.
Kitar menerusi metrik: Ketik paparan untuk mengitar menerusi metrik yang tersedia.
Lihat amaran cuaca buruk
Apabila peristiwa cuaca yang signifikan diramalkan, amaran mungkin kelihatan di bahagian atas app Cuaca. Ketik amaran untuk mengetahui maklumat lanjut.
Nota: Amaran cuaca buruk tidak tersedia untuk semua lokasi.