Baca dan balas mesej pada Apple Watch
Dalam app Mesej, anda boleh membaca mesej teks masuk, kemudian membalas dengan reaksi cepat atau cadangan respons.
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelak gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk Apple Watch anda.
Baca mesej pada Apple Watch
Apabila anda merasa ketikan atau mendengar bunyi isyarat yang memberitahu anda mesej telah tiba, angkat Apple Watch anda untuk membacanya. Jika mesej tiba sebentar tadi, leret ke bawah daripada bahagian atas skrin untuk melihat pemberitahuan, kemudian ketiknya.
Putar Digital Crown untuk melihat lebih banyak pada mesej. Untuk kembali ke permulaan, ketik bahagian atas skrin.
Petua: Leret kiri pada mesej untuk melihat masa ia dihantar. Anda juga boleh mengetik maklumat dalam mesej—seperti tarikh, nombor penerbangan, kod penjejakan pakej dan amaun mata wang—untuk melihat tindakan berkaitan, seperti mencipta peristiwa kalendar atau menjejak pakej.
Hantar balasan
Dalam perbualan mesej, lakukan mana-mana yang berikut:
Hantar reaksi: Dwiketik gelembung mesej, kemudian pilih tapback—seperti ibu hari atas atau hati.
Hantar cadangan balasan: Skrol ke bawah untuk melihat cadangan, kemudian ketik satu untuk menghantarnya.
Karang balasan: Ketik medan teks, kemudian rencanakan, taipkan atau coretkan respons anda.
Balas mesej khusus: Dwiketik gelembung mesej, skrol ke bawah, kemudian ketik Balas.
Senyapkan atau padam perbualan
Pergi ke app Mesej
pada Apple Watch anda.
Dalam senarai perbualan Mesej, leret kiri pada perbualan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Senyapkan perbualan: Ketik
.
Padam perbualan: Ketik
.
Pilih cara untuk dimaklumkan tentang mesej baharu
Pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik App, kemudian ketik Mesej.
Ketik Tersuai untuk setkan pilihan cara anda mahu dimaklumkan apabila anda menerima mesej.
Anda tidak akan menerima pemberitahuan jika anda menggunakan Fokus yang tidak membenarkan pemberitahuan Mesej.
Kesan kandungan sensitif
Anda boleh memilih untuk mengesan dan mengaburkan foto dan video sensitif sebelum anda melihatnya pada Apple Watch anda.
Pergi ke app Seting pada iPhone anda.
Ketik Privasi & Keselamatan, kemudian ketik Amaran Kandungan Sensitif.
Aktifkan Amaran Kandungan Sensitif, kemudian pastikan AirDrop dan Mesej diaktifkan.
Untuk melihat kandungan selepas diberi amaran, ketik Tunjukkan, kemudian ketik Saya Pasti.
Untuk mengetahui cara untuk mengendalikan kandungan sensitif, ketik Cara untuk Mendapatkan Bantuan.
Mengaktifkan seting ini akan memberi kesan kepada imej dan video pada iPhone serta Apple Watch anda.
Nota: Apple tidak mempunyai akses kepada foto atau video.