Cipta Latihan Tersuai pada Apple Watch
Anda boleh mencipta latihan tersuai pada Apple Watch anda untuk menyokong matlamat kecergasan anda. Sesuaikan latihan termasuk tempoh panas badan dan sejuk badan serta selang kerja dan pemulihan berulang. Anda juga boleh menambah masa, kalori dan matlamat jarak; setkan kadar untuk latihan luar serta banyak lagi.

Cipta Latihan Tersuai
Anda boleh menyesuaikan latihan anda dengan menyertakan tempoh panas badan, selang kerja dan pemulihan berulang dan masa untuk menyejukkan badan.
Pergi ke app Latihan
pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown ke latihan yang anda mahu lakukan.
Ketik
, ketik Tersuai, kemudian ketik
.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah tempoh panas badan: Ketik Panas Badan, kemudian ketik Masa, Jarak atau Buka. Anda juga boleh menambah isyarat kadar jantung ke tempoh panas badan.
Tambah selang kerja dan pemulihan: Ketik Tambah, Ketik Kerja atau Pemulihan, kemudian pilih Masa, Jarak atau Buka.
Anda boleh menambah berbilang selang kerja dan pemulihan.
Tambah tempoh sejuk badan: Ketik Sejuk Badan, kemudian ketik Masa, Jarak atau Buka. Apabila anda memilih Buka, anda juga boleh menambah isyarat kadar jantung.
Namakan latihan: Ketik Latihan Tersuai Baharu di bawah Tajuk Tersuai, kemudian masukkan nama.
Nota: Jika anda melakukan latihan pegun—contohnya, Elips atau Pilates—Jarak tiada dalam pilihan.
Ketik Cipta Latihan.
Nota: Butang Cipta Latihan hanya aktif jika anda telah menambah selang kerja atau pemulihan.
Untuk mengeluarkan tempoh panas badan atau sejuk badan, ketik bersebelahan latihan, ketik Tersuai, ketik
dalam jubin Latihan Tersuai, ketik Panas Badan atau Sejuk Badan, ketik Jenis Matlamat, kemudian ketik Langkau. Untuk mengeluarkan selang kerja atau pemulihan, leret kiri, kemudian ketik
.
Latihan Tersuai tersedia dalam semua jenis latihan kecuali Berbilang Sukan dan Renang Sejadi.
Tambahkan matlamat latihan

Anda boleh mengesetkan matlamat masa, jarak dan kalori untuk setiap jenis latihan.
Pergi ke app Latihan
pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown ke latihan yang anda mahu lakukan.
Ketik
, ketik Tersuai, kemudian ketik
.
Ketik matlamat seperti Kalori, Jarak atau Masa; pilih nilai; kemudian ketik Selesai.
Ketik matlamat untuk memulakan latihan.
Untuk mengedit matlamat untuk latihan, skrol ke latihan, ketik , ketik Matlamat, ketik
bersebelahan matlamat, ketik matlamat, buat perubahan anda, kemudian ketik Selesai.
Untuk memadamkan matlamat, leret ke kiri pada matlamat, kemudian ketik .
Gunakan paparan latihan Seterusnya
Semasa Latihan Tersuai, anda boleh menggunakan paparan latihan Seterusnya untuk melihat perkara yang tinggal dalam selang semasa anda dan perkara yang akan datang.
Pergi ke app Latihan
pada Apple Watch anda.
Semasa latihan, putar Digital Crown ke paparan latihan Seterusnya.
Tambah isyarat untuk latihan
Anda boleh menerima pelbagai isyarat semasa latihan. Sebagai contoh, untuk latihan Larian Luar, anda boleh menerima isyarat apabila kadar jantung anda jatuh 133 – 141 denyutan seminit.
Pergi ke app Latihan
pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown ke latihan yang anda mahu lakukan.
Ketik
, ketik isyarat yang anda mahu terima, kemudian konfigurasi isyarat.
Isyarat yang anda tambah akan digunakan setiap kali anda melakukan latihan tersebut.