Semak cuaca pada Apple Watch
Gunakan app Cuaca untuk menjejak keadaan cuaca semasa dan akan datang, tempatan atau di lokasi di seluruh dunia. Anda boleh menyemak butiran cuaca semasa seperti langit cerah atau mendung, suhu, kerpasan, angin, keadaan ultralembayung (UV), keterlihatan, kelembapan dan kualiti udara dengan mudah.
Semak cuaca
Lihat keadaan semasa dan paparan setiap jam untuk suhu, kerpasan, kelajuan angin, indeks UV, keterlihatan, kelembapan dan kualiti udara (tidak tersedia untuk semua lokasi).
Pergi ke app Cuaca
pada Apple Watch anda.
Lihat keadaan semasa.
Jika cuaca tempatan tidak kelihatan pada Apple Watch anda apabila anda membuka app Cuaca, pastikan Perkhidmatan Lokasi diaktifkan.
Ketik paparan untuk mengitar menerusi paparan.
Lihat amaran cuaca buruk
Apabila peristiwa cuaca yang signifikan diramalkan, amaran mungkin kelihatan di bahagian atas app Cuaca. Ketik amaran untuk mengetahui maklumat lanjut.
Nota: Amaran cuaca buruk tidak tersedia untuk semua lokasi.
Lihat cuaca di lokasi lain
Senarai lokasi pada Apple Watch anda diselaraskan dengan senarai pada iPhone anda. Lihat Semak cuaca di lokasi lain pada iPhone.
Pergi ke app Cuaca
pada Apple Watch anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah lokasi: Ketik
, kemudian masukkan bandar.
Keluarkan lokasi: Leret kiri pada lokasi yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik
.
Dapatkan isyarat hujan untuk lokasi terpencil
Apabila anda mempunyai janji temu di lokasi dalam lingkungan 150 batu, Apple Watch boleh memaklumkan kepada anda tentang hujan di lokasi terpencil tersebut supaya anda boleh merancang sewajarnya.
Pergi ke app Kalendar
pada Apple Watch anda.
Tambah janji temu dan sertakan alamat lokasi.
Jika kerpasan diramalkan di lokasi ini apabila masa janji temu makin hampir, widget Kerpasan kelihatan dalam Tindanan Pintar.
Ketik widget Kerpasan untuk melihat maklumat cuaca terperinci, termasuk ramalan setiap jam.
Lihat ramalan cuaca untuk perjalanan
Apabila anda menambah perjalanan ke Kalendar dengan butiran lokasi, Tindanan Pintar menunjukkan ramalan cuaca selama 5 hari secara automatik untuk destinasi anda.
Pergi ke app Kalendar
pada Apple Watch anda.
Tambah peristiwa dan sertakan lokasi destinasi.
Semakin hampir dengan perjalanan anda, widget Perjalanan kelihatan dalam Tindanan Pintar.
Buka Tindanan Pintar dan skrol ke ramalan cuaca 5 hari untuk destinasi anda.
Ketik widget Perjalanan untuk melihat maklumat cuaca terperinci, termasuk ramalan setiap jam.