Semak cuaca pada Apple Watch
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Apakah ramalan cuaca esok untuk Honolulu?”
Semak keadaan cuaca
Lihat suhu dan keadaan semasa untuk hari ini: Buka app Cuaca pada Apple Watch anda. Ketik bandar, kemudian ketik paparan untuk mengitar menerusi ramalan setiap jam untuk hujan, keadaan, atau suhu.
Lihat maklumat kualiti udara, indeks UV dan kelajuan angin, serta ramalan 10 hari: Ketik bandar, kemudian skrol ke bawah.
Ketik < di penjuru kiri atas untuk kembali ke senarai bandar.
Nota: Bacaan kualiti udara tidak tersedia di semua rantau.
Tambah bandar
Buka app Cuaca pada Apple Watch anda.
Skrol ke bahagian bawah senarai bandar, kemudian ketik Tambah Bandar.
Ketik Perencanaan, Coretan, atau Papan Kekunci, kemudian masukkan nama bandar.
Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.
Ketik Selesai, kemudian ketik nama bandar dalam senarai hasil.
App Cuaca pada iPhone anda menunjukkan bandar yang sama, dalam tertib yang sama yang anda tambah ke app Cuaca pada Apple Watch anda. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan app Cuaca pada iPhone anda.
Keluarkan bandar
Buka app Cuaca pada Apple Watch anda.
Dalam senarai bandar, leret bandar yang anda mahu keluarkan ke kiri, kemudian ketik X.
Bandar dikeluarkan daripada Apple Watch dan iPhone anda.
Pilih bandar lalai anda
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Cuaca, ketik Bandar Lalai, kemudian pilih bandar.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Cuaca > Bandar Lalai.
Keadaan untuk bandar tersebut ditunjukkan pada muka jam, jika anda telah menambah cuaca ke muka tersebut.