Lihat laporan aktiviti dan kesihatan untuk ahli keluarga
Selepas menyediakan matlamat aktiviti harian, anda boleh melihat sejauh mana ahli keluarga anda aktif setiap hari. Dengan keizinan ahli keluarga, anda juga boleh melihat maklumat kesihatan mereka.
Nota: Matlamat aktiviti pada Apple Watch terurus untuk kanak-kanak berbeza daripada matlamat aktiviti untuk orang dewasa. Matlamat pergerakan ialah berdasarkan minit bergerak dan bukannya kalori aktif, serta matlamat senaman fokus pada minit aktiviti pantas seperti, berlari, melompat dan bermain. Jika anak anda berumur 13 tahun atau ke bawah, latihan larian luar, berjalan dan berbasikal adalah dikhususkan untuk kumpulan umur ini.
Lihat laporan aktiviti
Selepas menyediakan matlamat aktiviti untuk ahli keluarga anda, buka app Kesihatan pada iPhone anda.
Ketik Layari, kemudian ketik nama ahli keluarga anda di bawah Data Kesihatan Dikongsi.
Ketik Aktiviti.
Ketik garis masa untuk melihat sejauh mana ahli keluarga anda aktif pada masa itu dalam hari.
Anda boleh melihat maklumat aktiviti mengikut hari, minggu, bulan, atau tahun.
Lihat maklumat kesihatan
Jika ahli keluarga anda telah memberi kebenaran, anda boleh melihat maklumat tambahan tentang aktiviti mereka serta maklumat ukuran badan, kesihatan pendengaran dan kadar jantung.
Buka app Kesihatan pada iPhone anda, kemudian ketik Layari.
Ketik nama ahli keluarga anda di bawah Data Kesihatan Dikongsi.
Ketik Kategori Kesihatan, kemudian ketik kategori.
Tambah butiran kesihatan dan ID Perubatan
Jika anda tidak memasukkan butiran kesihatan ahli keluarga anda semasa persediaan, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone yang digunakan untuk mengurus jam tersebut.
Ketik Semua Jam, kemudian ketik jam di bawah Jam Keluarga.
Ketik Selesai, ketik Kesihatan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut.
Ketik Butiran Kesihatan untuk memasukkan atau mengedit maklumat seperti tarikh lahir, tinggi dan berat.
Ketik ID Perubatan untuk menambah kenalan kecemasan dan banyak lagi.
Anda boleh melihat butiran kesihatan dan ID Perubatan pada iPhone yang digunakan untuk mengurus Apple Watch dan pada jam.
Pada iPhone anda: Buka app Kesihatan, ketik Layari, ketik nama ahli keluarga anda, kemudian ketik Profil.
Pada Apple Watch terurus: Buka app Seting pada Apple Watch, kemudian ketik Kesihatan.