Aktifkan dan bangunkan Apple Watch
Aktifkan atau nyahaktifkan Apple Watch anda
Aktifkan: Jika Apple Watch anda tidak aktif, tekan dan tahan butang sisi sehingga logo Apple kelihatan (anda mungkin melihat skrin hitam untuk masa yang singkat).
Muka jam kelihatan apabila Apple Watch diaktifkan.
Nyahaktifkan: Biasanya, anda akan membiarkan Apple Watch anda aktif setiap masa, tetapi jika anda perlu menyahaktifkannya, tekan dan tahan butang sisi sehingga gelangsar kelihatan, kemudian seret gelangsar Matikan ke kanan.
Petua: Anda tidak boleh mematikan Apple Watch anda semasa ia dicas. Untuk mematikan Apple Watch anda, tanggalkannya daripada pengecas dahulu.
Sentiasa Aktif (Apple Watch Series 5 dan Apple Watch Series 6 sahaja)
Sentiasa Aktif membolehkan Apple Watch memaparkan muka jam dan masa, walaupun tangan anda tidak diangkat. Apabila tangan anda diangkat, Apple Watch berfungsi sepenuhnya.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Paparan & Kecerahan, kemudian ketik Sentiasa Aktif.
Aktifkan Sentiasa Aktif.
Aktifkan Sembunyikan Komplikasi Sensitif untuk menyembunyikan peristiwa kalendar, mesej, kadar jantung dan banyak lagi apabila tangan anda tidak diangkat.
Bangunkan paparan Apple Watch
Anda boleh membangunkan paparan Apple Watch dengan cara ini:
Angkat tangan anda. Apple Watch anda tidur semula apabila anda menurunkan tangan anda.
Ketik paparan atau tekan Digital Crown.
Putar Digital Crown ke atas.
Untuk membenarkan ini, buka app Seting pada Apple Watch anda, pergi ke Umum > Bangunkan Skrin, kemudian aktifkan Bangun Apabila Mahkota ke Atas.
Jika Apple Watch anda tidak bangun apabila anda mengangkat tangan anda, pastikan anda memilih orientasi dan tangan dan jam yang betul. Jika Apple Watch anda tidak bangun apabila anda mengetik paparan atau menekan atau memutar Digital Crown, ia mungkin perlu dicas.
Petua: Jika anda tidak mahu membangunkan Apple Watch anda apabila anda mengangkat tangan, buka app Seting pada Apple Watch anda, pergi ke Umum > Bangunkan Skrin, kemudian nyahaktifkan Bangun apabila Tangan Diangkat. Atau, untuk menghalang Apple Watch anda daripada bangun apabila mengangkat tangan anda buat sementara, gunakan mod pawagam.
Kembali ke muka jam
Anda boleh memilih panjang masa sebelum Apple Watch kembali ke muka jam daripada app terbuka.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Umum > Bangunkan Skrin dan pastikan Bangun apabila Tangan Diangkat diaktifkan.
Skrol ke bawah dan pilih masa yang anda mahu Apple Watch anda kembali ke muka jam: Sentiasa, Selepas 2 minit, atau Selepas 1 jam.
Anda juga boleh kembali ke muka jam dengan menekan Digital Crown.
Secara lalai, seting yang anda pilih digunakan pada semua app, tetapi anda boleh memilih masa tersuai untuk setiap app. Untuk berbuat demikian, ketik app pada skrin ini, ketik Tersuai, kemudian pilih seting.
Bangun ke aktiviti terakhir anda
Untuk sesetengah app, anda boleh setkan Apple Watch untuk kembali ke tempat anda berada sebelum ia tidur. App ini termasuklah Buku Audio, Peta, Muzik, Kini Dimainkan, Podcast, Radio, Jam Randik, Pemasa, Memo Suara, Walkie-Talkie dan Latihan.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Umum > Bangunkan Skrin dan pastikan Bangun apabila Tangan Diangkat diaktifkan.
Skrol ke bawah dan ketik app.
Aktifkan Kembali ke App.
Untuk kembali ke muka jam, hanya hentikan aktiviti anda dalam app—contohnya hentikan podcast, tamatkan laluan dalam Peta, atau batalkan pemasa.
Kekalkan paparan Apple Watch aktif lebih lama
Anda boleh mengekalkan paparan lebih lama apabila anda ketik untuk membangunkan Apple Watch anda.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Umum > Bangunkan Skrin, kemudian ketik Bangun Selama 70 Saat.