Sambungkan Apple Watch kepada fon kepala atau speaker Bluetooth
Mainkan audio daripada Apple Watch pada fon kepala atau speaker Bluetooth tanpa iPhone anda berdekatan.
Petua: Jika anda mempunyai AirPods yang anda sediakan dengan iPhone anda, ianya sedia untuk digunakan bersama Apple Watch anda—hanya tekan main.
Pasangkan fon kepala atau speaker Bluetooth
Anda memerlukan fon kepala atau speaker Bluetooth untuk mendengar kebanyakan audio pada Apple Watch anda (Siri, mel suara dan memo suara dimainkan menerusi speaker pada Apple Watch). Ikuti arahan yang disertakan dengan fon kepala atau speaker untuk memasukkannya dalam mod penemuan. Apabila peranti Bluetooth sedia, ikut langkah ini:
Buka app Seting
pada Apple Watch anda, kemudian ketik Bluetooth.
Ketik peranti apabila ia muncul.
Anda juga boleh mengetik pada skrin main app Buku Audio, Muzik, Kini Dimainkan, Podcast dan Radio untuk membuka seting Bluetooth.

Pilih output audio
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik
, kemudian pilih peranti yang anda mahu gunakan.
Untuk mendapatkan maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting tentang Apple Watch anda.
Kurangkan bunyi kuat
Apple Watch boleh mengehadkan kenyaringan audio fon kepala anda ke paras desibel yang disetkan.
Buka app Seting
pada Apple Watch anda.
Pergi ke Bunyi & Haptik > Keselamatan Fon Kepala, kemudian ketik Kurangkan Bunyi Kuat.
Aktifkan Kurangkan Bunyi Kuat, kemudian setkan paras.
Dapatkan pemberitahuan untuk audio fon kepala lantang
Jika anda mendengar audio lantang menerusi fon kepala anda untuk masa yang lama sehingga boleh menjejaskan pendengaran anda, Apple Watch (dengan watchOS 7.1 atau lebih baru) boleh menghantar pemberitahuan fon kepala dan menurunkan kelantangan ke paras yang lebih sederhana secara lalai untuk melindungi pendengaran anda.
Buka app Seting pada iPhone anda.
Ketik Bunyi & Haptik, ketik Keselamatan Fon Kepala, kemudian aktifkan Pemberitahuan Fon Kepala.
Nota: Bergantung kepada negara atau rantau anda, Pemberitahuan Fon Kepala mungkin diaktifkan secara lalai dan dalam sesetengah negara atau rantau, anda mungkin tidak boleh menyahaktifkannya.
Bilangan pemberitahuan yang anda terima sepanjang enam bulan lalu dipaparkan.
Untuk mengetahui lanjut tentang pemberitahuan fon kepala, ketik 6 Bulan Lalu.
Untuk melihat butiran tentang pemberitahuan fon kepala pada iPhone anda, buka app Kesihatan, ketik Layari, ketik Pendengaran, ketik Pemberitahuan Fon Kepala, kemudian ketik pemberitahuan.