Sambungkan Apple Watch kepada fon kepala atau speaker Bluetooth
Mainkan audio daripada Apple Watch pada fon kepala atau speaker Bluetooth tanpa iPhone anda berdekatan.
Petua: Jika anda mempunyai AirPods yang anda sediakan dengan iPhone anda, ianya sedia untuk digunakan bersama Apple Watch anda—hanya tekan main.
Pasangkan fon kepala atau speaker Bluetooth
Anda memerlukan fon kepala atau speaker Bluetooth untuk mendengar kebanyakan audio pada Apple Watch anda (memo suara dimainkan menerusi speaker pada Apple Watch). Ikuti arahan yang disertakan dengan fon kepala atau speaker untuk memasukkannya dalam mod penemuan. Apabila peranti Bluetooth sedia, ikut langkah ini:
Buka app Seting pada Apple Watch anda, kemudian ketik Bluetooth.
Ketik peranti apabila ia muncul.
Anda juga boleh mengetik pada skrin main app Buku Audio, Muzik, Kini Dimainkan, Podcast dan Radio untuk membuka seting Bluetooth.
Pilih output audio
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik , kemudian pilih peranti yang anda mahu gunakan.
Untuk mendapatkan maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting tentang Apple Watch anda.