Lihat foto pada Apple Watch
Pada Apple Watch, layari foto anda dalam app Foto dan tunjukkan foto pada muka jam anda.
Layari foto pada Apple Watch
Buka app Foto pada Apple Watch anda dan gunakan tindakan ini untuk melayari foto anda.
Ketik foto untuk melihatnya.
Leret kiri atau kanan untuk melihat foto lain.
Putar Digital Crown untuk zum, atau seret untuk sorot foto.
Zum keluar sepenuhnya untuk melihat seluruh album foto.
Lihat Live Photo pada Apple Watch
Cari simbol Live Photo penjuru bawah kanan foto, kemudian sentuh dan tahan foto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Live Photos, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Tunjukkan foto pada muka jam
Semasa melayari app Foto pada Apple Watch anda, tekan kuat sebarang foto, kemudian ketik Cipta Muka Jam. Atau tambah muka jam Foto baru. Lihat Sesuaikan muka jam.
Petua: Anda boleh mencipta muka jam pada iPhone anda secara mudah dengan iOS 11 atau lebih baru. Buka app Foto pada iPhone anda, ketik foto, ketik , leret ke atas, kemudian ketik Cipta Muka Jam.
Lihat memori foto pada Apple Watch
Anda boleh melihat memori foto—detik kegemaran dan dilupakan daripada pustaka foto anda—pada Apple Watch anda.
Ketik memori terbaru daripada muka jam Siri: Pilih muka jam Siri, kemudian ketik memori.
Lihat foto daripada Memori pada muka jam anda: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Galeri Muka, ketik muka jam Foto, kemudian ketik Dinamik.
Muka jam Dinamik memaparkan foto daripada Memori terbaru anda dan ia dikemas kini apabila anda mempunyai foto baru.
Untuk mengetahui cara untuk memilih album foto berbeza, lihat Pilih album foto dan urus storan pada Apple Watch.