Uruskan pengesahan jatuh pada Apple Watch (Apple Watch Series 4 dan lebih baru sahaja)

Dengan pengesanan jatuh didayakan, jika Apple Watch Series 4 atau lebih baru mengesan kejatuhan yang teruk, ia boleh membantu menyambungkan anda kepada perkhidmatan kecemasan dan menghantar mesej kepada kenalan kecemasan anda. Jika Apple Watach mengesan yang anda tidak bergerak selama lebih kurang seminit, ia akan membuat panggilan ke perkhidmatan kecemasan secara automatik.
Jika anda memasukkan umur anda apabila anda menyediakan Apple Watch anda atau dalam app Kesihatan dan anda berumur 55 tahun dan ke atas, ciri ini diaktifkan secara automatik. Jika anda berusia kurang daripada 55 tahun, anda boleh mengaktifkan pengesanan jatuh pada Apple Watch Series 4 dan lebih baru dengan mengikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik SOS Kecemasan, kemudian aktifkan pengesanan jatuh.
Nota: Jika anda menyahaktifkan pengesan tangan, Apple Watch Series 4 dan lebih baru tidak akan membuat panggilan kecemasan secara automatik walaupun selepas ia mengesan kejatuhan impak tinggi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan pengesanan jatuh pada Apple Watch Series 4 dan lebih baru.