Gunakan Apple Watch untuk mengawal muzik pada Mac atau PC
Gunakan app Remote pada Apple Watch anda untuk memainkan muzik pada komputer yang berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama.
Tambah pustaka muzik
Buka app Remote pada Apple Watch anda.
Ketik Tambah Peranti.
Jika anda menggunakan app Muzik pada Mac dengan macOS Catalina atau lebih baru: Buka Apple Music dan pilih peranti anda daripada senarai peranti yang ditunjukkan dengan pustaka anda.
Jika anda menggunakan iTunes pada Mac atau PC anda: Klik butang Remote berhampiran bahagian kiri atas tetingkap iTunes.
Masukkan kod 4 digit yang dipaparkan pada Apple Watch anda.
Kawal main balik daripada Apple Watch
Gunakan kawalan main balik dalam app Remote . Putar Digital Crown untuk melaraskan kelantangan.
Pilih pustaka media untuk dimainkan
Jika anda menambah lebih daripada satu pustaka: Ketik pustaka yang anda mahukan apabila anda membuka app Remote pada Apple Watch anda.
Jika anda sudah memainkan muzik: Ketik di sebelah kiri atas kawalan main balik, kemudian ketik pustaka.
Keluarkan pustaka media
Buka app Remote pada Apple Watch anda.
Tekan kuat paparan, kemudian ketik Edit.
Apabila ikon peranti bergoyang, ketik X pada peranti yang anda mahu keluarkan, ketik Keluarkan, kemudian ketik .
Jika ia satu-satunya peranti jauh anda, anda selesai—jika tidak, ketik untuk menyelesaikan pengeditan.