Tambah muzik ke Apple Watch
Jika anda menambah muzik ke Apple Watch anda, anda boleh mendengarnya ke mana sahaja anda pergi, walaupun anda tidak mempunyai iPhone anda bersama.
Pilih senarai main mana yang ditambah secara automatik ke Apple Watch
Jika anda pelanggan Apple Music, campuran diperibadikan ditambah secara automatik ke Apple Watch anda apabila ia disambungkan ke sumber kuasa. Jika anda mahu menukar senarai main yang ditambah secara automatik, ikut langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Muzik.
Aktifkan atau nyahaktifkan senarai main individu.
Pelanggan dan bukan pelanggan Apple Music juga boleh memilih untuk mempunyai Sering Diputarkan ditambah ke Apple Watch mereka. Sering Diputarkan merupakan koleksi album dan senarai main yang dipilih berdasarkan kebiasaan pendengaran iPhone anda.
Tambah album dan senarai main ke Apple Watch
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Muzik.
Di bawah Senarai Main & Album, ketik Tambah Muzik.
Pilih album dan senarai main untuk menambahnya ke Apple Watch anda.
Gunakan app Muzik pada iPhone anda untuk mencipta senarai main khusus untuk muzik yang anda mahu dengar pada Apple Watch anda—contohnya muzik yang mendorong anda semasa latihan.
Tambah senarai main latihan ke Apple Watch
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Latihan.
Ketik Senarai Main Latihan, kemudian pilih senarai main.
Senarai main ini dimainkan secara automatik apabila anda memulakan latihan kecuali jika anda sedang mendengar muzik atau audio lain.
Lihat jumlah muzik yang disimpan pada Apple Watch
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Umum > Penggunaan.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Umum, kemudian ketik Penggunaan.
Keluarkan muzik daripada Apple Watch
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Muzik.
Nyahaktifkan sebarang senarai muzik ditambah secara automatik yang anda tidak mahukan pada Apple Watch anda.
Untuk mengeluarkan muzik lain yang anda tambah ke Apple Watch, ketik Edit, kemudian ketik bersebelahan item yang tidak dimahukan.
Muzik yang anda keluarkan daripada Apple Watch anda kekal pada iPhone anda.