Gunakan Pusat Kawalan pada Apple Watch
Pusat Kawalan memberikan anda cara yang mudah untuk menyemak bateri anda, menyenyapkan jam anda, menjadikan Apple Watch anda lampu suluh, meletakkan Apple Watch anda dalam mod pesawat, mengaktifkan mod pawagam dan banyak lagi.
Buka atau tutup Pusat Kawalan
Buka Pusat Kawalan: Dari muka jam, leret ke atas. Dari skrin lain, sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas.
Nota: Anda tidak boleh membuka Pusat Kawalan daripada skrin Utama pada Apple Watch anda. Sebaliknya, tekan Digital Crown untuk pergi ke muka jam atau buka app, kemudian buka Pusat Kawalan.
Tutup Pusat Kawalan: Leret bawah daripada bahagian atas skrin, atau tekan Digital Crown.
Ikon app | Perihalan | Untuk maklumat lanjut | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Aktifkan atau nyahaktifkan selular—model Apple Watch dengan selular sahaja. | |||||||||||
Putuskan sambungan daripada Wi-Fi. | |||||||||||
Ping iPhone anda. | Lihat Cari iPhone anda. | ||||||||||
Semak peratus bateri anda. | Lihat Cas Apple Watch. | ||||||||||
Senyapkan Apple Watch. | Lihat Aktifkan mod senyap. | ||||||||||
Kunci jam anda dengan kod laluan. | |||||||||||
Aktifkan Jangan Ganggu. | Lihat Aktifkan Jangan Ganggu. | ||||||||||
Jadikan diri anda tersedia untuk Walkie-Talkie. | |||||||||||
Aktifkan mod pawagam. | |||||||||||
Aktifkan Kunci Air (Apple Watch Series 2 dan lebih baru sahaja). | |||||||||||
Aktifkan lampu suluh. | |||||||||||
Aktifkan mod pesawat. | Lihat Aktifkan mod pesawat. | ||||||||||
Pilih output audio. | Lihat Sambungkan Apple Watch kepada fon kepala atau speaker Bluetooth. |
Sesuaikan Pusat Kawalan
Anda boleh susun semula butang dalam Pusat Kawalan dengan mengikuti langkah berikut:
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Skrol ke bahagian bawah Pusat Kawalan, kemudian ketik Edit.
Seret butang ke lokasi baru.
Ketik Selesai apabila anda selesai.
Aktifkan mod pesawat
Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan anda membawa Apple Watch (dan iPhone) dihidupkan jika anda meletakkannya dalam mod pesawat. Mengaktifkan mod pesawat akan menyahaktifkan Wi-Fi, Bluetooth dan—pada model Apple Watch dengan selular—selular.
Aktifkan mod pesawat pada Apple Watch: Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan mod pesawat”.
Letakkan Apple Watch dan iPhone anda dalam mod pesawat dengan satu langkah: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Mod Pesawat, kemudian aktifkan Cerminkan iPhone. Setiap kali anda tukar ke mod pesawat pada satu peranti, peranti yang lain akan tukar untuk sepadan.
Apabila mod pesawat diaktifkan, anda akan melihat di bahagian atas skrin.
Nota: Walaupun dengan Cerminkan iPhone diaktifkan, anda mesti nyahaktifkan mod pesawat secara berasingan pada iPhone dan Apple Watch anda.
Gunakan lampu suluh pada Apple Watch
Gunakan lampu suluh untuk menerangi kunci pintu yang gelap, memberitahu orang lain yang anda sedang berjoging pada waktu petang, atau menerangi objek berhampiran sambil mengekalkan penglihatan malam anda.
Hidupkan lampu suluh: Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik . Leret ke kiri untuk memilih mod—cahaya putih berterusan, cahaya putih berkelip-kelip atau cahaya merah berterusan.
Matikan lampu suluh: Tekan Digital Crown atau butang sisi, atau leret ke bawah daripada bahagian atas muka jam.
Gunakan mod pawagam pada Apple Watch
Mod pawagam menghalang paparan Apple Watch aktif apabila anda mengangkat tangan anda, supaya ia kekal terpadam dalam panggung wayang, konsert, atau acara awam lain. Ia juga mengaktifkan mod senyap, tetapi anda masih menerima pemberitahuan haptik.
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan, ketik , kemudian ketik Mod Pawagam.
Apabila mod pawagam diaktifkan, anda akan melihat di bahagian atas skrin.
Untuk membangunkan Apple Watch apabila mod pawagam aktif, ketik paparan, atau tekan Digital Crown atau butang sisi.
Nota: Pada Apple Watch Series 2 dan lebih baru, pusing Digital Crown untuk membangunkan paparan sedikit demi sedikit.
Putuskan sambungan daripada Wi-Fi
Anda boleh memutuskan sambungan daripada rangkaian Wi-Fi buat sementara waktu dan pada model Apple Watch dengan selular, gunakan sambungan selular yang tersedia—terus daripada Pusat Kawalan.
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik dalam Pusat Kawalan.
Apple Watch anda diputuskan sambungannya daripada rangkaian Wi-Fi buat sementara waktu. Jika anda mempunyai Apple Watch dengan selular, sambungan selular diaktifkan jika anda mempunyai liputan. Apabila anda meninggalkan dan kemudian kembali ke tempat anda bersambung ke Wi-Fi, Apple Watch anda bersambung semula ke rangkaian tersebut secara automatik kecuali jika anda telah melupakannya pada iPhone anda.
Aktifkan mod senyap
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Bunyi & Haptik, kemudian aktifkan mod senyap.
Petua: Apabila anda menerima pemberitahuan, anda boleh menyenyapkan Apple Watch anda dengan cepat dengan meletakkan tapak tangan anda pada paparan jam selama sekurang-kurangnya tiga saat. Anda akan merasa ketikan untuk mengesahkan senyap diaktifkan. Pastikan anda mengaktifkan Tutup untuk Senyap dalam app Apple Watch pada iPhone anda—ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Bunyi & Haptik.
Aktifkan Jangan Ganggu
Gunakan Jangan Ganggu untuk menghalang panggilan dan isyarat (kecuali penggera dan pemberitahuan kadar jantung) daripada membuat bunyi atau menyalakan skrin.
Anda boleh mengaktifkan Jangan Ganggu untuk jumlah masa yang ditentukan sehingga anda meninggalkan lokasi semasa anda, atau sehingga tamat peristiwa kalendar. Hanya sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan, ketik , kemudian pilih pilihan: Aktif, Aktif untuk 1 jam, Aktif sehingga petang ini, Aktif sehingga saya bertolak dan Aktif sehingga tamat peristiwa.
Anda juga boleh membuka Seting pada Apple Watch anda, ketik Jangan Ganggu, kemudian aktifkan Jangan Ganggu.
Apabila Jangan Ganggu diaktifkan, anda akan melihat di bahagian atas skrin.
Petua: Untuk menyenyapkan Apple Watch dan iPhone anda, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Umum > Jangan Ganggu, kemudian aktifkan Cerminkan iPhone. Kemudian, pada bila-bila masa anda mengubah Jangan Ganggu pada satu, yang lain akan berubah agar sepadan.
Cari iPhone anda
Tidak dapat cari iPhone anda? Apple Watch anda boleh membantu anda mencarinya jika ia berdekatan.
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik .
iPhone anda memainkan nada supaya anda boleh menjejaknya.
Petua: Berada dalam kegelapan? Sentuh dan tahan butang Ping iPhone dan iPhone akan berdenyar.
Jika iPhone anda tidak berada dalam julat Apple Watch anda, cuba gunakan Cari daripada iCloud.com.
Cari Apple Watch anda
Jika anda kehilangan jam anda, gunakan Cari untuk mencarinya.
Buka app Cari pada iPhone anda.
Ketik Peranti, kemudian ketik jam anda dalam senarai.
Anda boleh memainkan bunyi pada jam anda, ketik Arah untuk arah kepadanya dalam Peta, tandakannya sebagai hilang, atau padamkannya.
Anda juga boleh menjejak Apple Watch anda menggunakan Cari dan iCloud. Lihat Cari Apple Watch anda dan artikel Sokongan Apple Jika Apple Watch anda hilang atau dicuri.