Main buku audio pada Apple Watch
Mainkan buku audio yang disimpan pada Apple Watch
Selepas anda menyambungkan Apple Watch ke fon kepala atau speaker Bluetooth, buka app Buku Audio pada Apple Watch anda.
Putarkan Digital Crown untuk skrol menerusi karya seni album.
Ketik buku audio untuk memainkannya.
Mainkan buku audio pada iPhone
Buka app Buku Audio pada Apple Watch anda.
Ketik Pada iPhone.
Ketik buku audio untuk memainkannya pada iPhone anda.
Mainkan buku audio daripada pustaka anda
Jika Apple Watch anda berdekatan dengan iPhone anda atau disambungkan ke rangkaian Wi-Fi (atau rangkaian selular, untuk model Apple Watch dengan selular), anda boleh strim buku audio daripada pustaka buku audio anda ke Apple Watch anda.
Buka app Buku Audio pada Apple Watch anda.
Ketik Pustaka, kemudian ketik buku audio untuk memainkannya.
Mainkan buku audio dengan Siri
Minta Siri memainkan buku audio dalam pustaka anda.
“Mainkan buku audio ‘Where the Crawdads Sing’.”
Kawal main balik
Putar Digital Crown untuk melaraskan kelantangan. Gunakan kawalan ini untuk memainkan buku audio:
Mainkan buku audio. | |||||||||||
Menjeda main balik. | |||||||||||
Langkau ke depan 15 saat. | |||||||||||
Langkau ke belakang 15 saat. | |||||||||||
Kelajuan main balik. Pilihan termasuk 1x, 1 1/4x, 1 1/2x, 1 3/4x, 2x dan 3/4x. | |||||||||||
Pilih trek atau bab. |