Gunakan Kamera dan pemasa pada Apple Watch
Jika anda mahu menempatkan iPhone anda untuk foto dan kemudian mengambil foto dari jauh, anda boleh menggunakan Apple Watch anda untuk melihat imej kamera iPhone dan ambil foto. Anda juga boleh menggunakan Apple Watch anda untuk mengesetkan pemasa pengatup—ini memberikan masa untuk anda menurunkan tangan anda dan meninggikan mata anda semasa anda berada dalam tangkapan.
Untuk berfungsi sebagai kawalan jauh kamera, Apple Watch anda perlu berada dalam liputan Bluetooth normal iPhone anda (lebih kurang 33 kaki atau 10 meter).
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: "Ambil gambar."
Ambil foto
Buka app Kamera pada Apple Watch anda.
Tempatkan iPhone anda untuk meletakkan bingkai menggunakan Apple Watch anda sebagai pemidang tilik.
Untuk melaraskan pendedahan, ketik kawasan utama tangkapan dalam pratonton pada Apple Watch anda.
Untuk mengambil tangkapan, ketik butang Pengatup.
Untuk mengambil Live Photo, tekan kuat paparan, kemudian ketik Live . Untuk melihat peranti yang menyokong Live Photos, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Foto ditangkap dalam Foto pada iPhone anda, tetapi anda boleh semaknya pada Apple Watch anda.
Pilih kamera atau mod kamera berlainan
Pilih kamera berlainan: Untuk bertukar antara kamera menghadap belakang dan kamera menghadap depan pada iPhone anda, buka app Kamera pada Apple Watch, tekan kuat paparan, kemudian ketik Balikkan .
Pilih mod kamera berlainan: Buka app Kamera pada iPhone anda, kemudian leret untuk memilih Selang Masa, Gerak Perlahan, Video, Potret, atau Segi Empat.
Kawal denyar, pemasa pengatup dan HDR dengan Apple Watch
Aktifkan atau nyahaktifkan denyar: Buka app Kamera pada Apple Watch anda, tekan kuat paparan, ketik Denyar , kemudian ketik Auto, Aktif, atau Tidak Aktif.
Gunakan pemasa pengatup: Buka app Kamera pada Apple Watch anda, kemudian ketik butang Pemasa di sebelah kanan bawah.
Bip yang mengiringi kira detik, ketikan dan denyar daripada iPhone anda memberitahu anda masa untuk menjangkakan tangkapan.
Gunakan HDR: Buka app Kamera pada Apple Watch anda, tekan kuat paparan, kemudian ketik HDR .
HDR (Julat Dinamik Tinggi) membantu anda mendapatkan tangkapan yang hebat dalam situasi kontras tinggi. Apabila menangkap dengan HDR aktif, iPhone anda akan menangkap berbilang foto dalam penggantian yang cepat—pada seting pendedahan berbeza—dan mencampurkannya. Foto yang terhasil mempunyai butiran yang lebih baik dalam bahagian yang cerah dan ton tengah.
Nota: HDR tersedia dengan kamera menghadap belakang pada iPhone dan kamera menghadap depan pada iPhone 5s dan lebih baru.
Semak tangkapan anda
Gunakan tindakan berikut untuk menyemak tangkapan anda pada Apple Watch anda.
Lihat foto: Ketik imej kecil di kiri bawah.
Lihat foto lain: Leret kiri atau kanan.
Zum: Putar Digital Crown.
Sorot: Seret pada foto dizum.
Penuhkan skrin: Dwiketik skrin.
Tunjukkan atau sembunyikan butang Tutup dan kiraan tangkapan: Ketik skrin.
Apabila anda selesai, ketik Tutup.