Gunakan Kawalan Jauh Kamera dan pemasa pada Apple Watch
Jika anda mahu menempatkan iPhone anda untuk foto dan kemudian mengambil foto dari jauh, anda boleh menggunakan Apple Watch anda untuk melihat imej kamera iPhone dan ambil foto. Anda juga boleh menggunakan Apple Watch anda untuk mengesetkan pemasa pengatup—ini memberikan masa untuk anda menurunkan tangan anda dan meninggikan mata anda semasa anda berada dalam tangkapan.
Untuk berfungsi sebagai kawalan jauh kamera, Apple Watch anda perlu berada dalam liputan Bluetooth normal iPhone anda (lebih kurang 33 kaki atau 10 meter).
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: "Ambil gambar."

Ambil foto
Buka app Remote Camera
pada Apple Watch anda.
Tempatkan iPhone anda untuk meletakkan bingkai menggunakan Apple Watch anda sebagai pemidang tilik.
Untuk zum, putar Digital Crown.
Untuk melaraskan pendedahan, ketik kawasan utama tangkapan dalam pratonton pada Apple Watch anda.
Untuk mengambil tangkapan, ketik butang Pengatup.
Foto ditangkap dalam Foto pada iPhone anda, tetapi anda boleh menyemaknya pada Apple Watch anda.
Semak tangkapan anda
Gunakan tindakan berikut untuk menyemak tangkapan anda pada Apple Watch anda.
Lihat foto: Ketik imej kecil di kiri bawah.
Lihat foto lain: Leret kiri atau kanan.
Zum: Putar Digital Crown.
Sorot: Seret pada foto dizum.
Penuhkan skrin: Dwiketik foto.
Tunjukkan atau sembunyikan butang Tutup dan kiraan tangkapan: Ketik skrin.
Apabila anda selesai, ketik Tutup.
Pilih kamera berlainan dan laraskan seting
Buka app Remote Camera
pada Apple Watch anda.
Ketik
, kemudian pilih daripada pilihan ini:
Pemasa (pemasa 3 saat aktif atau tidak aktif)
Kamera (depan atau belakang)
Denyar (auto, aktif, atau tidak aktif)
Live Photo (auto, aktif, atau tidak aktif)
Untuk melihat peranti yang menyokong Live Photos, lihat Panduan Pengguna iPhone.
HDR (aktif atau tidak aktif)
Muat turun panduan ini: Apple Books