Sediakan dan gunakan RTT pada Apple Watch (model selular sahaja)
Teks masa nyata (RTT) ialah protokol yang menghantar audio semasa anda menaip teks. Jika anda mempunyai kesukaran mendengar atau bertutur, Apple Watch dengan selular boleh berkomunikasi menggunakan RTT walaupun anda berada jauh daripada iPhone anda. Apple Watch menggunakan RTT Perisian terbina dalam yang anda konfigurasikan dalam app Apple Watch—ia tidak memerlukan peranti tambahan.
Penting: RTT tidak disokong oleh semua pembawa atau di semua rantau. Apabila membuat panggilan kecemasan di A.S., Apple Watch menghantar aksara atau nada istimewa untuk memberi isyarat kepada operator. Keupayaan operator untuk menerima atau membalas nada ini mungkin berbeza bergantung pada lokasi anda. Apple tidak memberi jaminan yang operator boleh menerima atau membalas panggilan RTT.
Aktifkan RTT
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, pergi ke Kebolehcapaian > RTT, kemudian aktifkan RTT.
Ketik Nombor Geganti, kemudian masukkan nombor telefon untuk digunakan bagi panggilan geganti menggunakan RTT.
Aktifkan Hantar Serta-Merta untuk menghantar setiap aksara semasa anda menaip. Nyahaktifkan untuk menyelesaikan mesej sebelum menghantar.
Mulakan panggilan RTT
Buka app Telefon
pada Apple Watch anda.
Ketik Kenalan, kemudian putarkan Digital Crown untuk skrol.
Ketik kenalan yang anda mahu panggil, skrol ke atas, kemudian ketik butang RTT.
Coret mesej, ketik balas daripada senarai, atau hantar emoji.
Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.
Teks muncul pada Apple Watch, sama seperti perbualan Mesej.
Nota: Anda dimaklumkan jika orang yang anda panggil dalam panggilan telefon tidak mendayakan RTT.
Jawab panggilan RTT
Apabila anda dengar atau rasa pemberitahuan panggilan, angkat pergelangan tangan anda untuk melihat siapa yang memanggil.
Ketik butang Jawab, skrol ke atas, kemudian ketik butang RTT.
Coret mesej, ketik balas daripada senarai, atau hantar emoji.
Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.
Edit balasan lalai
Apabila anda membuat atau menerima panggilan RTT pada Apple Watch, anda boleh menghantar balasan dengan hanya satu ketikan. Untuk mencipta balasan tambahan anda sendiri, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, pergi ke Kebolehcapaian > RTT, kemudian ketik Balasan Lalai.
Ketik “Tambah balasan”, masukkan balasan anda, kemudian ketik Selesai.
Petua: Biasanya, balasan berakhir dengan “GA” untuk teruskan, yang memberitahu orang yang anda panggil bahawa anda bersedia untuk balasan mereka.
Untuk mengedit atau memadam balasan sedia ada, atau menukar tertib balasan, ketik Edit dalam skrin Balasan Lalai.