Jejak saham pada Apple Watch
Gunakan app Saham pada Apple Watch untuk melihat info tentang saham yang anda ikuti pada iPhone anda. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan app Saham pada iPhone anda.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Berapakah harga tutup pasaran saham Apple pada hari ini?”
Tambah dan keluarkan saham
Apple Watch anda memaparkan saham yang terdapat dalam app Saham pada iPhone anda, tetapi anda boleh menambah dan mengeluarkan saham pada Apple Watch anda. Hanya buka app Saham pada Apple Watch anda untuk:
Tambah saham: Skrol ke bahagian bawah skrin, kemudian ketik Tambah Saham. Katakan nama saham, kemudian ketik Selesai. Ketik nama saham dalam senarai.
Keluarkan saham: Ketik saham yang anda mahu keluarkan, tekan kuat paparan, kemudian ketik Keluarkan.
Untuk menyusun semula saham pada Apple Watch anda, buka app Saham pada iPhone anda dan susunnya semula. Tertib berubah pada Apple Watch anda supaya sepadan.
Lihat data saham pada Apple Watch
Buka app Saham pada Apple Watch anda.
Ketik saham dalam senarai.
Ketik < di bahagian penjuru kiri atas untuk kembali ke senarai saham, atau putar Digital Crown untuk skrol ke saham seterusnya dalam senarai.
Pilih data yang anda lihat
Buka app Saham pada Apple Watch anda.
Semasa melihat senarai saham, tekan kuat paparan, kemudian ketik Mata, Modal Pasaran, atau Peratusan.
Petua: Anda juga boleh membuka app Saham pada iPhone anda, kemudian ketik perubahan harga untuk sebarang saham untuk melihat perubahan peratusan atau modal pasaran.
Bertukar ke Saham pada iPhone
Buka app Saham pada Apple Watch anda.
Pada iPhone, buka Penukar App. (Pada iPhone dengan Face ID, leret ke atas daripada pinggir bawah dan jeda; pada iPhone dengan butang Utama, dwiklik butang Utama).
Ketik butang yang muncul di bahagian bawah skrin untuk membuka Saham.