Baru dalam watchOS 6
App Store pada Apple Watch Dengan watchOS 6, anda boleh melayari dan memuat turun app jam secara terus pada pergelangan tangan anda dengan app App Store pada Apple Watch anda. Lihat Dapatkan app daripada App Store.
App Kompas (Apple Watch Series 5 sahaja) App Kompas menunjukkan arah Apple Watch Series 5 anda menghadap, lokasi semasa dan ketinggian anda. Lihat Gunakan Kompas.
Dengar buku audio Buku audio kini tersedia pada Apple Watch dan mudah dinikmati apabila anda di luar. Selama lima jam seterusnya untuk buku audio yang anda sedang baca diselaraskan ke Apple Watch supaya ia sedia dibaca walaupun anda meninggalkan iPhone. Lihat Mainkan buku audio.
Siri Lebih Pintar Suka lagu yang sedang dimainkan tetapi tidak tahu lagu apa? Angkat tangan anda dan sebut “Lagu apa ini?” Mengangkat tangan juga boleh menjawab soalan yang anda mahu ketahui jawapannya. Tanya soalan dan jawapan daripada web muncul pada muka jam. Lihat Gunakan Siri.
Kesihatan pendengaran App Bunyi mengukur bunyi ambien dalam persekitaran anda dan boleh memaparkan pemberitahuan apabila paras bunyi dapat mempengaruhi pendengaran anda. Lihat Ukur paras bunyi.
Penjejakan kitaran Gunakan app Penjejakan Kitaran untuk melog maklumat harian tentang kitaran haid anda. Lihat Gunakan Penjejakan Kitaran.
Semak kemajuan aktiviti anda dari semasa ke semasa Ciri Aliran baru pada iPhone menunjukkan sama ada metrik aktiviti meningkat atau menurun mengikut masa, supaya anda boleh meneruskan atau menterbalikkannya. Lihat Semak aliran anda.
Paparan Sentiasa Aktif (Apple Watch Series 5 sahaja) Apple Watch boleh memaparkan muka jam dan masa, walaupun tangan anda tidak diangkat. Lihat Sentiasa Aktif.
Lebih muka jam Cuba perkara baru dengan muka jam baru untuk Apple Watch Series 4 dan lebih baru—Modular Padat, Dail Suria, Gradien, California, Meridian dan Infograf Skrin Penuh. Semua model Apple Watch memperoleh muka jam Angka Duo dan Angka Mono. Sesuaikan muka jam anda dengan lebih komplikasi seperti Aktiviti dan Memo Suara. Lihat Muka jam dan ciri Apple Watch.
Nikmati Muzik pada Apple Watch Lihat dan tambah lagu ke baris Seterusnya, layari kandungan album dan senarai main dengan lebih mudah dan lompat ke senarai main atau album lagu yang sedang dimainkan. Lihat Mainkan muzik.
Buat pengiraan Dengan app Kalkulator baru, tambah, tolak, darab dan bahagi pada Apple Watch. Di samping hasil tambah, Kalkulator boleh membantu anda mengetahui jumlah tip yang sesuai dan membahagikan bil dengan sama rata. Lihat Gunakan Kalkulator.
Memo Suara Tukar Apple Watch anda menjadi perakam audio pada pergelangan tangan yang anda boleh gunakan untuk merakam nota peribadi. Lihat Rakam dan mainkan memo suara.
Peringatan Direka Bentuk Semula Tambah peringatan baru, dapatkan cadangan proaktif berdasarkan tugas yang anda lakukan secara rutin dan lihat senarai, subtugas dan lampiran dikongsi. Lihat Setkan dan balas peringatan.
Sokongan Animoji dan Memoji Anda kini boleh menambah pelekat Animoji dan Memoji ke mesej yang dihantar daripada Apple Watch anda. Lihat Hantar mesej.