Sesuaikan muka jam
Sesuaikan muka jam Apple Watch anda supaya ia kelihatan seperti yang anda mahukan dan menyediakan fungsi yang anda perlukan. Pilih satu rekaan, laraskan warna dan ciri, kemudian tambahnya pada koleksi anda. Tukar muka pada sebarang masa untuk melihat alat penjaga masa yang betul—atau untuk menjadikan keadaan lebih seronok.
Galeri Muka dalam app Apple Watch ialah cara paling mudah untuk melihat semua muka jam tersedia, sesuaikan satu dan menambahkannya ke koleksi anda. Tetapi, jika iPhone anda tidak mudah digunakan, anda boleh menyesuaikan muka secara terus pada jam anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Muka jam dan ciri Apple Watch.
Pilih muka jam berlainan
Leret pinggiran ke pinggiran merentasi muka jam untuk melihat muka lain dalam koleksi anda.
Untuk melihat semua muka jam tersedia, tekan kuat muka jam, leret ke mana yang anda mahu, kemudian ketiknya.
Tambah komplikasi ke muka jam
Anda boleh menambah ciri khas—dipanggil komplikasi—ke beberapa muka jam, supaya anda boleh menyemak perkara dengan segera seperti harga saham, laporan cuaca, atau maklumat daripada app lain yang anda pasang.
Dengan muka jam terpapar, tekan kuat paparan, kemudian ketik Sesuaikan.
Leret kiri hingga ke hujung.
Jika muka menawarkan komplikasi, ia ditunjukkan pada skrin terakhir.
Ketik komplikasi untuk memilihnya, kemudian putar Digital Crown untuk memilih yang baru—contohnya Aktiviti atau Kadar Jantung.
Apabila anda selesai, tekan Digital Crown untuk menyimpan perubahan anda, kemudian ketik muka untuk menukar kepadanya.
Tambah komplikasi daripada app lain
Sebagai tambahan kepada komplikasi terbina dalam yang menunjukkan maklumat seperti cuaca, saham atau berita, anda boleh menambah komplikasi untuk banyak app yang anda dapat daripada App Store. Untuk menjadikan komplikasi ini tersedia apabila anda menyesuaikan muka, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Komplikasi.
Tambah muka jam ke koleksi anda
Cipta koleksi muka tersuai anda sendiri—termasuk variasi rekaan yang sama.
Dengan muka jam semasa ditunjukkan, tekan kuat paparan.
Leret kiri hingga ke hujung, kemudian ketik butang Baru (+).
Putar Digital Crown untuk melayari muka jam, kemudian ketik yang anda mahu tambah.
Selepas anda menambahnya, anda boleh menyesuaikan muka jam.
Lihat koleksi anda
Anda boleh melihat semua muka jam anda sekilas pandang.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian leret menerusi koleksi anda di bawah Muka Saya.
Untuk menyusun semula tertib koleksi anda, ketik Edit, kemudian seret bersebelahan muka jam ke atas atau bawah.
Padamkan muka daripada koleksi anda
Dengan muka jam semasa ditunjukkan, tekan kuat paparan.
Leret ke muka yang anda tidak mahukan, kemudian leretnya ke atas dan ketik Keluarkan.
Atau, pada iPhone anda, buka app Apple Watch, ketik Jam Saya, kemudian ketik Edit dalam kawasan Muka Saya. Ketik bersebelahan muka jam yang anda mahu padamkan, kemudian ketik Keluarkan.
Anda sentiasa boleh menambah muka jam lagi nanti.
Setkan jam lebih awal
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Jam.
Ketik +0 min, kemudian putar Digital Crown untuk setkan jam lebih awal sehingga sebanyak 59 minit.
Seting ini hanya mengubah masa yang ditunjukkan pada muka jam—ia tidak mempengaruhi penggera, masa dalam pemberitahuan, atau sebarang masa lain (seperti Jam Dunia).