Pilih album foto dan urus storan pada Apple Watch
Foto daripada album iPhone pilihan anda muncul dalam app Foto pada Apple Watch anda. Apple Watch anda menyimpan foto daripada album foto tunggal yang diselaraskan pada iPhone anda. Semasa anda mula-mula memperoleh Apple Watch, ia disetkan untuk menggunakan album Kegemaran anda—foto yang anda tag sebagai kegemaran—tetapi anda boleh menukar album yang digunakannya.
Pilih album untuk disimpan pada Apple Watch
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, pergi ke Foto > Album Diselaraskan, kemudian pilih album.
Untuk mengeluarkan foto daripada Apple Watch, buka app Foto pada iPhone anda, kemudian keluarkan imej daripada album yang anda telah selaraskan.
Untuk mencipta album baru bagi foto Apple Watch, gunakan app Foto pada iPhone anda.
Hadkan storan foto pada Apple Watch
Bilangan foto yang disimpan pada Apple Watch anda bergantung pada ruang yang tersedia. Untuk menjimatkan ruang untuk lagu dan kandungan lain, anda boleh mengehadkan bilangan foto yang disimpan padanya.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Foto > Had Foto.
Untuk melihat bilangan foto pada Apple Watch anda, lakukan satu daripada berikut:
Buka app Seting pada Apple Watch anda, kemudian pergi ke Umum > Perihal.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Perihal.
Untuk melihat ruang yang digunakan untuk foto, pergi ke Umum > Penggunaan dalam app Apple Watch.
Ambil gambar skrin Apple Watch
Buka app Seting pada Apple Watch anda, pergi ke Umum > Gambar Skrin, kemudian aktfikan Dayakan Gambar Skrin.
Tekan Digital Crown dan butang sisi pada masa yang sama untuk mengambil gambar skrin.
Gambar Skrin disimpan dalam Foto pada iPhone anda.