Pilih album foto dan urus storan pada Apple Watch
Dengan app Foto pada Apple Watch, anda boleh melihat foto daripada album iPhone pilihan anda, foto ditampilkan dan Memori foto.
Pilih album untuk disimpan pada Apple Watch

Semasa anda mula-mula memperoleh Apple Watch, ia disetkan untuk memaparkan foto daripada album Kegemaran anda—foto yang anda tag sebagai kegemaran—tetapi anda boleh menukar album yang digunakannya.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, pergi ke Foto > Album Foto Dipilih, kemudian pilih album.
Untuk mengeluarkan foto daripada Apple Watch, buka app Foto pada iPhone anda, kemudian keluarkan imej daripada album yang anda telah selaraskan.
Untuk mencipta album baharu bagi foto Apple Watch, gunakan app Foto pada iPhone anda.
Tunjukkan foto ditampilkan dan Memori foto pada Apple Watch
Apple Watch anda boleh menyelaraskan foto ditampilkan dan Memori foto daripada pustaka foto pada iPhone anda secara automatik.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Foto, kemudian aktifkan Selaraskan Memori dan Selaraskan Foto Ditampilkan.
Hentikan penyelarasan foto
Jika anda tidak mahu iPhone anda menyelaraskan Memori, foto ditampilkan, atau foto daripada album yang anda pilih, ikut langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Foto, kemudian nyahaktifkan Penyelarasan Foto.
Hadkan storan foto pada Apple Watch
Bilangan foto yang disimpan pada Apple Watch anda bergantung pada ruang yang tersedia. Untuk menjimatkan ruang untuk lagu dan kandungan lain, anda boleh mengehadkan bilangan foto yang disimpan padanya.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Foto > Had Foto.
Untuk melihat bilangan foto pada Apple Watch anda, lakukan satu daripada berikut:
Buka app Seting
pada Apple Watch anda, kemudian pergi ke Umum > Perihal.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Perihal.
Untuk melihat jumlah ruang yang digunakan untuk foto anda, buka app Seting pada Apple Watch anda, kemudian pergi ke Umum > Storan. Untuk melakukan ini pada iPhone anda, buka app Apple Watch, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Storan.
Ambil gambar skrin Apple Watch
Buka app Seting
pada Apple Watch anda, pergi ke Umum > Gambar Skrin, kemudian aktfikan Dayakan Gambar Skrin.
Tekan Digital Crown dan butang sisi pada masa yang sama untuk mengambil gambar skrin.
Gambar Skrin disimpan dalam Foto pada iPhone anda.
Muat turun panduan ini: Apple Books