Gunakan Fokus pada Apple Watch
Fokus pada membantu anda apabila anda mahu menumpukan perhatian pada aktiviti. Fokus boleh mengurangkan gangguan—membenarkan hanya pemberitahuan yang anda mahu terima (pemberitahuan yang sepadan dengan fokus anda)—dan memaklumkan orang lain dan app bahawa anda sibuk.
Anda boleh memilih daripada pilihan Fokus yang disediakan—contohnya Memandu, Peribadi, Tidur dan Bekerja. Atau anda boleh mencipta Fokus tersuai pada iPhone anda, memilih orang yang dibenarkan untuk menghubungi anda, app yang boleh menghantar pemberitahuan kepada anda dan sama ada anda menerima pemberitahuan sensitif masa.
Aktifkan atau nyahaktifkan Fokus
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret ke atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Sentuh dan tahan butang Fokus semasa, kemudian ketik Fokus.
Jika tiada Fokus yang aktif, Pusat Kawalan menunjukkan butang Jangan Ganggu .
Pilih pilihan Fokus—Aktif, Aktif untuk 1 jam, Aktif sehingga malam bertolak.
Untuk menyahaktifkan Fokus, hanya ketik butangnya dalam Pusat Kawalan.
Apabila Fokus aktif, ikonnya kelihatan di bahagian atas muka jam, di sebelah masa dalam app dan dalam Pusat Kawalan.
Cipta Fokus anda sendiri
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Fokus.
Ketik , pilih Fokus, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda mencipta fokus tersuai, anda bleh memilih warna dan ikon untuk mewakili fokus serta memasukkan nama untuknya.
Cipta jadual Fokus
Pada Apple Watch, anda boleh menjadualkan masa setiap Fokus muncul—anda juga boleh memilih untuk membuatkan Fokus bermula pada waktu berlainan dalam hari. Contohnya, anda boleh menjadualkan Fokus Bekerja untuk dimulakan pada 9 PG dan tamat pada tengah hari, Isnin hingga Jumaat. Dari tengah hari hingga 1 PTG anda mungkin tiada Fokus atau membuatkan Fokus Peribadi mengambil alih. Kemudian mulakan Fokus Bekerja lagi dari 1 PG hingga 5 PTG, Isnin hingga Khamis.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Fokus, ketik Fokus—contohnya Bekerja—kemudian ketik “Tambah baharu”.
Ketik medan Dari dan Hingga dan masukkan masa yang anda mahu Fokus bermula dan tamat.
Skrol ke atas, kemudian pilih hari Fokus akan aktif.
Ketik < di bahagian kiri atas untuk menyimpan Fokus.
Ulang proses ini untuk menambah peristiwa lain pada Fokus.
Nyahdayakan atau padam jadual Fokus
Untuk menyahdayakan atau memadamkan jadual Fokus, lakukan mana-mana yang berikut:
Nyahdayakan jadual Fokus: Buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Fokus, kemudian ketik Fokus. Ketik jadual, skrol ke bawah, kemudian nyahaktifkan Didayakan.
Aktifkan Didayakan apabila anda mahu jadual aktif semula.
Padam jadual Fokus: Buka app Seting pada Apple Watch anda, ketik Fokus, kemudian ketik Fokus. Ketik jadual, skrol ke bawah, kemudian ketik Padam.
Muat turun panduan ini: Apple Books