Gunakan Jam Dunia pada Apple Watch untuk menyemak masa di lokasi lain
Gunakan app Jam Dunia pada Apple Watch anda untuk menyemak masa di bandar di seluruh dunia.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti: “Pukul berapa sekarang di Auckland?”
Tambah dan keluarkan bandar dalam Jam Dunia
Buka app Jam Dunia pada Apple Watch anda.
Ketik Tambah Bandar.
Taipkan nama bandar (Apple Watch Series 7 sahaja), atau gunakan Coretan atau perencanaan untuk memasukkan nama bandar.
Untuk menggunakan Coretan pada Apple Watch Series 7, leret ke atas dari bahagian bawah skrin, kemudian ketik Coretan.
Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.
Ketik nama bandar untuk menambahnya ke Jam Dunia.
Untuk mengeluarkan bandar, leret ke kiri pada namanya dalam senarai bandar, kemudian ketik X.
Bandar yang anda tambah pada iPhone anda juga kelihatan dalam Jam Dunia pada Apple Watch anda.
Semak masa di bandar berlainan
Buka app Jam Dunia pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown atau leret skrin untuk skrol senarai.
Untuk melihat maklumat lanjut tentang bandar, termasuk masa matahari terbit dan terbenam, ketik bandar dalam senarai.
Semasa anda melihat info tentang bandar, anda boleh skrol untuk melihat bandar sebelumnya atau seterusnya dalam senarai anda.
Apabila anda selesai, ketik < di penjuru kiri atas, atau leret ke kanan untuk kembali ke senarai bandar.
Jika terdapat bandar yang waktunya anda selalu mahu lihat, anda boleh menambah komplikasi Jam Dunia ke muka jam anda dan pilih bandar untuk dipaparkan.
Tukar singkatan bandar
Untuk menukar singkatan bandar yang digunakan pada Apple Watch anda, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Jam > Singkatan Bandar.
Ketik mana-mana bandar untuk menukar singkatannya.
Muat turun panduan ini: Apple Books