Kekal sihat dengan Apple Watch
Apple Watch boleh menjejak aktiviti dan latihan anda dan menggalakkan anda untuk menjalani hidup yang lebih aktif menerusi peringatan lembut dan pertandingan persahabatan.
Tutup setiap gelang
Apple Watch anda menjejak berapa banyak anda bergerak, kekerapan anda berdiri dan masa anda bersenam setiap hari. Setkan matlamat dalam app Aktiviti , kemudian semak kemajuan anda sepanjang hari. Skrol ke bawah untuk butiran lanjut seperti jumlah langkah dan jarak. Apple Watch memberitahu anda apabila anda melengkapkan matlamat.
Mulakan latihan
Buka app Latihan , kemudian ketik jenis latihan yang anda mahukan—sesuatu yang aktif seperti larian, renangan, atau latihan yang lebih menenangkan seperti latihan yoga atau Tai Chi. Statistik anda kelihatan pada satu skrin, oleh itu semasa latihan anda boleh menyemak kemajuan anda dengan sekilas pandang. Jika anda terlupa untuk memulakan latihan sebelum latihan berjalan kaki, berlari, atau berenang, jangan risau—Apple Watch mencadangkan anda buka app Latihan dan memberikan anda kredit untuk senaman yang anda telah lakukan.
Fokus pada kecergasan anda.
Dalam watchOS 8, anda boleh menapis gangguan dengan ciri Fokus baharu. Sebelum memulakan latihan intensif, cipta fokus Kecergasan pada iPhone anda, kemudian aktifkannya untuk fokus dengan membenarkan hanya pemberitahuan yang anda betul-betul mahukan.
Apa khabar?
Aktiviti terbaharu anda nampak hebat, tetapi bagaimana prestasinya berbanding tahun lepas? Ciri Aliran boleh memberitahu anda. Buka app Kecergasan pada iPhone anda, ketik tab Ringkasan dan leret ke atas untuk melihat arah tujuan metrik aktiviti anda supaya anda boleh meneruskannya atau menterbalikkannya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Apple Watch sebagai rakan kecergasan, lihat Jejak aktiviti harian dengan Apple Watch, Mulakan latihan, Gunakan Fokus pada Apple Watch dan Semak aliran anda.
Muat turun panduan ini: Apple Books