Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika anda terlupa kod laluan Apple Watch anda
Jika Apple Watch anda dinyahdayakan kerana anda terlupa kod laluan anda atau memasukkan kod laluan salah terlalu banyak kali, anda boleh menggunakan app Apple Watch pada iPhone anda untuk membenarkan anda memasukkan kod laluan lagi. Jika anda masih tidak ingat kata laluan, anda boleh reset Apple Watch, reset kod laluan, kemudian pulihkan Apple Watch dari sandaran. Pemulihan memadamkan kandungan dan seting pada Apple Watch anda, tetapi menggunakan sandaran untuk menggantikan data dan seting anda.
Penting: Jika Padam Data diaktifkan, data pada Apple Watch akan dipadam setelah 10 cubaan kod laluan gagal.
Muat turun panduan ini: Apple Books