Sediakan Apple Watch ahli keluarga anda
Anda boleh menyediakan dan mengurus Apple Watch untuk seseorang yang belum mempunyai iPhone sendiri—contohnya anak anda yang bersekolah atau ibu bapa. Untuk berbuat demikian, anda mestilah menjadi pengelola keluarga atau ibu bapa/penjaga dalam kumpulan Perkongsian Keluarga anda.
iPhone yang anda mula-mula gunakan untuk pasangkan dan menyediakan Apple Watch mesti berada dalam julat Bluetooth yang biasa (lebih kurang 33 kaki atau 10 meter) dengan Apple Watch bagi mengurus seting dan menaik taraf perisian. Orang yang anda mahu sediakan Apple Watch mestilah sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga anda dan mempunyai Apple Watch SE atau Apple Watch Series 4 atau lebih baharu yang mampu selular. (Jam ahli keluarga anda juga tidak perlu menggunakan pembawa selular yang sama dengan iPhone yang anda gunakan untuk mengurusnya.) Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan Perkongsian Keluarga.
Nota: Persediaan keluarga ini tidak tersedia di semua rantau.
Menggunakan app Apple Watch dan Masa Skrin pada iPhone, anda boleh mengurus yang berikut:
Had komunikasi
Jadual untuk waktu rehat daripada skrin.
Waktu Sekolah—ciri yang mengehadkan ciri Apple Watch tertentu semasa waktu sekolah
Seting mel dan kalendar untuk akaun iCloud dan Gmail
Seting pengehadan untuk kandungan eksplisit, pembelian dan privasi
Tambahan lagi, anda boleh melihat maklumat Aktiviti, Kesihatan dan Lokasi untuk Apple Watch terurus berdasarkan cara ia disediakan.
Nota: Apple Watch yang disediakan untuk ahli keluarga dihadkan dalam sesetengah interaksinya dengan iPhone yang digunakan untuk menyediakannya. Contohnya, anda tidak boleh membuka kunci iPhone berpasangan daripada Apple Watch yang anda sediakan untuk ahli keluarga dan anda tidak boleh menghantar tugas daripada Apple Watch terurus kepada iPhone. Jika anda memadamkan app daripada Apple Watch yang disediakan untuk ahli keluarga, ia juga tidak dikeluarkan daripada iPhone yang digunakan untuk menyediakannya.
Sediakan Apple Watch ahli keluarga anda
Menyediakan Apple Watch untuk ahli keluarga serupa dengan menyediakan jam untuk anda sendiri. Sebelum anda memasangkan dan menyediakan jam untuk ahli keluarga, padam jam untuk memastikan yang ia tidak mempunyai sebarang kandungan.
Minta ahli keluarga anda memakai Apple Watch mereka. Laraskan tali atau pilih saiz tali supaya Apple Watch muat rapat tetapi selesa pada pergelangan tangan mereka.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar tali pada Apple Watch anda, lihat Keluarkan, tukar dan ketatkan tali Apple Watch.
Untuk menghidupkan Apple Watch, tekan dan tahan butang sisi hingga logo Apple kelihatan.
Dekatkan iPhone anda dengan Apple Watch tersebut, tunggu skrin berpasangan Apple Watch kelihatan pada iPhone anda, kemudian ketik Teruskan.
Atau buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Semua Jam, kemudian ketik Pasangkan Jam Baharu.
Ketik Sediakan untuk Ahli Keluarga, kemudian ketik Teruskan pada skrin seterusnya.
Apabila digesa, tempatkan iPhone anda supaya Apple Watch kelihatan dalam pemidang tilik dalam app Apple Watch. Ini akan memasangkan dua peranti ini.
Ketik Sediakan Apple Watch. Ikuti arahan pada iPhone anda dan Apple Watch untuk menyelesaikan persediaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyediakan dan memasangkan Apple Watch, lihat Sediakan dan pasangkan Apple Watch anda dengan iPhone.
Urus Apple Watch ahli keluarga
Buka app Apple Watch pada iPhone yang digunakan untuk mengurus jam tersebut.
Ketik Semua Jam, ketik jam di bawah Jam Keluarga, kemudian ketik Selesai.
Apabila anda mengetik Jam Saya untuk jam terurus, anda akan melihat pelbagai seting, termasuk yang berikut:
Seting | Pilihan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Umum | Semak untuk kemas kini, pilih bahasa dan rantau serta reset Apple Watch. | ||||||||||
Selular | Sediakan selular jika anda belum berbuat demikian. Lihat Tambah Apple Watch ke pelan selular anda. | ||||||||||
Kebolehcapaian | Konfigurasi seting kebolehcapaian. | ||||||||||
SOS Kecemasan | Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan pilihan bagi menahan butang sisi untuk memanggil perkhidmatan kecemasan, serta menambah dan menukar kenalan kecemasan. | ||||||||||
Waktu Sekolah | Setkan jadual Waktu Sekolah. Lihat Bermula dengan Waktu Sekolah. | ||||||||||
Masa Skrin | Urus kawalan ibu bapa, dapatkan maklumat tentang masa skrin ahli keluarga anda dan setkan had. | ||||||||||
Aktiviti | Urus pengalaman kecergasan yang dicipta untuk pengguna lebih muda. | ||||||||||
App Store | Benarkan muat turun dan kemas kini automatik. | ||||||||||
Kenalan | Pilih kenalan yang dipercayai. | ||||||||||
Cari | Pilih seting pemberitahuan. | ||||||||||
Mencuci Tangan | Urus pengehadan dan aktifkan atau nyahaktifkan pemasa mencuci tangan. | ||||||||||
Kesihatan | Tambah atau edit butiran kesihatan dan ID Perubatan, lihat data kesihatan (dengan keizinan dan seting yang betul) orang yang menggunakan Apple Watch terurus, minta berkongsi data kesihatan dan pilih untuk berhenti menerima data kesihatan. | ||||||||||
Jantung | Lihat data jantung (dengan keizinan dan seting yang betul) orang yang menggunakan Apple Watch terurus, termasuk kadar jantung, keberubahan kadar jantung, kadar jantung rehat dan purata kadar jantung berjalan. | ||||||||||
Mail & Kalendar | Tambah akaun Gmail ahli keluarga dan aktifkan atau nyahaktifkan mel Gmail, kenalan dan kalendar. Pilih juga kekerapan Apple Watch mendapatkan kemas kini kalendar. | ||||||||||
Mesej | Pilih pilihan perencanaan dan edit balasan pintar. | ||||||||||
Bunyi | Aktifkan atau nyahaktifkan Ukuran Bunyi Persekitaran dan setkan ambang bunyi. | ||||||||||
Foto | Pilih album foto daripada iPhone yang digunakan untuk mengurus jam dan pilih bilangan foto yang Apple Watch boleh paparkan. | ||||||||||
Wallet & Apple Pay | Sediakan kad Apple Cash dan Transit Ekspres. | ||||||||||
Latihan | Pilih paparan latihan. |
Sediakan Masa Skrin
Gunakan Masa Skrin untuk mengkonfigurasi kawalan bagi Apple Watch ahli keluarga. Dengan Masa Skrin, anda boleh menjadualkan masa rehat daripada skrin dan mengehadkan kedua-dua kenalan serta app yang ahli keluarga anda boleh gunakan untuk berkomunikasi dengan kenalan tersebut. Anda juga boleh mengenakan had pada pembelian iTunes Store dan app, kandungan eksplisit serta maklumat lokasi.
Untuk menyediakan Masa Skrin, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone yang digunakan untuk mengurus jam tersebut.
Ketik Semua Jam, kemudian ketik jam di bawah Jam Keluarga.
Ketik Selesai, ketik Masa Skrin, ketik Seting Masa Skrin, kemudian ketik Aktifkan Masa Skrin.
Pilih seting untuk Masa Henti, Had App dan Pengehadan Kandungan & Privasi.
Cipta kod laluan Masa Skrin.

Pada skrin ini, anda juga boleh melihat laporan aktiviti Masa Skrin untuk jam ahli keluarga anda.
Sebagai alternatif, anda boleh membuka app Seting pada iPhone anda, ketik Masa Skrin, ketik nama ahli keluarga anda di bawah pengepala Keluarga, kemudian pilih Seting.
Muat turun panduan ini: Apple Books