Lihat foto dan Memori pada Apple Watch
Pada Apple Watch, layari foto anda dalam app Foto dan tunjukkan foto pada muka jam anda.
Layari foto dalam app Foto pada Apple Watch
Buka app Foto pada Apple Watch anda dan gunakan tindakan ini untuk melayari foto anda.
Ketik Memori, Foto Ditampilkan, atau album yang anda selaraskan ke Apple Watch anda.
Ketik foto untuk melihatnya.
Leret kiri atau kanan untuk melihat foto lain.
Putar Digital Crown untuk zum, atau seret untuk sorot foto.
Zum keluar sepenuhnya untuk melihat seluruh album foto.
Lihat foto memori pada muka jam
Di samping melihat memori foto dalam app Foto pada Apple Watch, anda boleh melihat foto pada muka jam Siri dan Foto.
Ketik memori terbaharu daripada muka jam Siri: Pilih muka jam Siri, kemudian ketik memori.
Lihat foto daripada Memori pada muka jam Foto: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Galeri Muka, ketik muka jam Foto, kemudian ketik Dinamik.
Muka jam Dinamik memaparkan foto daripada Memori terbaharu anda dan ia dikemas kini apabila anda mempunyai foto baharu.
Lihat Live Photo pada Apple Watch
Cari simbol Live Photo penjuru kiri bawah foto, kemudian sentuh dan tahan foto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Live Photos, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Kongsi foto
Semasa melayari foto dalam app Foto pada Apple Watch anda, ketik , kemudian pilih pilihan perkongsian.
Cipta muka jam foto
Semasa melayari foto dalam app Foto pada Apple Watch anda, ketik , kemudian putar Digital Crown untuk menskrol ke atas, kemudian ketik Cipta Muka. Anda juga boleh mencipta muka jam Kaleidoskop berdasarkan foto, atau tambah muka jam Foto baharu dalam app Apple Watch pada iPhone anda. Lihat Sesuaikan muka jam.
Petua: Anda boleh mencipta muka jam pada iPhone anda. Buka app Foto pada iPhone anda, ketik foto, ketik , leret ke atas, kemudian ketik Cipta Muka Jam.
Untuk mengetahui cara untuk memilih album foto berbeza, lihat Pilih album foto dan urus storan pada Apple Watch.
Muat turun panduan ini: Apple Books