Lihat foto pada Apple Watch
Foto daripada album iPhone pilihan anda muncul dalam app Foto pada Apple Watch anda. Semasa anda mula-mula memperoleh Apple Watch, ia disetkan untuk menggunakan album Kegemaran anda—foto yang anda tag sebagai kegemaran—tetapi anda boleh menukar album yang digunakannya. Dan, anda boleh paparkan gambar di muka jam anda.
![Srin utama app Foto pada Apple Watch, dengan beberapa foto dipaparkan dalam grid.](https://help.apple.com/assets/5C8928BF0946225B7E296CC1/5C8928C20946225B7E296CCB/ms_MY/47d28af2aa4c6bf3121e68a7be750d37.png)
Layari foto pada Apple Watch
Buka app Foto pada Apple Watch anda dan gunakan tindakan ini untuk melayari foto anda.
Ketik foto untuk melihatnya.
Leret kiri atau kanan untuk melihat foto lain.
Putar Digital Crown untuk zum, atau seret untuk sorot foto.
Zum keluar sepenuhnya untuk melihat seluruh album foto.
Lihat Live Photo pada Apple Watch
Cari simbol Live Photo penjuru bawah kanan foto, kemudian sentuh dan tahan foto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Live Photos, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Tunjukkan foto pada muka jam
Semasa melayari app Foto pada Apple Watch anda, tekan kuat sebarang foto, kemudian ketik Cipta Muka Jam. Atau tambah muka jam Foto baru. Lihat Muka jam Apple Watch dan cirinya.
Petua: Anda boleh mencipta muka jam pada iPhone anda secara mudah dengan iOS 11 atau lebih baru. Buka app Foto pada iPhone anda, ketik foto, ketik , kemudian ketik Cipta Muka Jam.
Lihat memori foto pada Apple Watch
Dalam watchOS 5, anda boleh melihat memori foto—detik kegemaran dan dilupakan daripada pustaka foto anda—pada Apple Watch anda.
Ketik memori terbaru daripada muka jam Siri: Pilih muka jam Siri, kemudian ketik memori.
Cipta muka jam Memori: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Galeri Muka, ketik Memori di bawah pengepala Foto, kemudian ketik Tambah.
Ambil gambar skrin Apple Watch
Dalam app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Umum, kemudian aktifkan Dayakan Gambar Skrin.
Tekan Digital Crown dan butang sisi pada masa yang sama untuk mengambil gambar skrin.
Gambar Skrin disimpan dalam Foto di iPhone anda.