Buka app pada Apple Watch
Dok memberikan anda akses cepat kepada app yang anda paling kerap gunakan. Anda boleh menambah sehingga 10 app ke Dok untuk akses mudah kepada app kegemaran anda. Skrin Utama membolehkan anda membuka sebarang app pada Apple Watch anda.
Buka app daripada Dock
Tekan butang sisi, kemudian putarkan Digital Crown untuk skrol menerusi app dalam Dok.
Ketik app untuk membukanya.
Pilih app yang muncul dalam Dok
Anda boleh pilih untuk menunjukkan app terbaru digunakan dalam Dok atau sehingga 10 app kegemaran anda.
Lihat app terbaru digunakan: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Dok, kemudian ketik Terbaru. App terbaru digunakan muncul di bahagian atas Dok dengan app lain di bawah, dalam tertib terakhir app dibuka.
Lihat app kegemaran anda: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian ketik Dok. Pilih Kegemaran, ketik Edit, kemudian ketik bersebelahan app yang anda mahu tambah. Seret untuk menukar tertibnya.
Apabila anda memilih Kegemaran, app terbaru digunakan muncul di bahagian atas Dok, membenarkan anda untuk membukanya semula dengan cepat. Untuk menambah app tersebut ke Doc, ketik Kekal di Dok.
Keluarkan app daripada Dok: Tekan butang sisi, kemudian putar Digital Crown ke app yang anda mahu keluarkan. Leret ke kiri pada app, kemudian ketik X.
Bertukar daripada Dok kepada skrin Utama: Skrol ke bahagian bawah Dok, kemudian ketik Semua App.
Petua: Anda juga boleh menambah app yang selalu anda gunakan sebagai komplikasi ke muka jam. Lihat Muka jam Apple Watch dan cirinya.
Paparkan app anda pada grid atau dalam senarai
Skrin Utama boleh memaparkan app dalam paparan grid atau senarai. Untuk memilih satu, ikuti langkah ini:
Tekan Digital Crown untuk pergi ke skrin Utama.
Tekan paparan dengan kuat, kemudian ketik Paparan Grid atau Paparan Senarai.
Buka app daripada skrin Utama
Cara anda membuka app bergantung pada paparan yang anda pilih.
Paparan grid: Ketik ikon app. Jika anda sedang melihat skrin Utama, anda boleh putar Digital Crown untuk buka app yang berada di tengah paparan.
Paparan senarai: Putar Digital Crown, kemudian ketik app.
Petua: Dalam kedua-dua paparan, dwiklik Digital Crown untuk buka app terakhir yang anda gunakan dengan cepat.
Untuk kembali ke skrin Utama daripada app, tekan Digital Crown sekali, kemudian tekan ia sekali lagi untuk bertukar kepada muka jam (atau, dalam paparan grid, ketik pada skrin Utama).