Aktifkan dan bangunkan Apple Watch
Aktifkan atau nyahaktifkan Apple Watch anda
Aktifkan: Jika Apple Watch anda tidak aktif, tekan dan tahan butang sisi sehingga logo Apple muncul (anda mungkin melihat skrin hitam untuk masa yang singkat).
Muka jam muncul apabila Apple Watch diaktifkan.
Nyahaktifkan: Biasanya, anda akan membiarkan Apple Watch anda aktif setiap masa, tetapi jika anda perlu menyahaktifkannya, tekan dan tahan butang sisi sehingga gelangsar muncul, kemudian seret gelangsar Matikan ke kanan.
Petua: Anda tidak boleh mematikan Apple Watch anda semasa ia dicas. Untuk mematikan Apple Watch anda, tanggalkannya daripada pengecas dahulu.
Bangunkan paparan Apple Watch
Anda boleh membangunkan paparan Apple Watch dengan cara ini:
Angkat tangan anda. Apple Watch anda tidur semula apabila anda menurunkan tangan anda.
Ketik paparan atau tekan Digital Crown.
Putar Digital Crown ke atas (Apple Watch Series 2 dan lebih baru).
Untuk membenarkan ini, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Bangunkan Skrin, kemudian aktifkan Apabila Mahkota Ke Atas.
Jika Apple Watch anda tidak bangun apabila anda mengangkat tangan anda, pastikan anda memilih orientasi dan tangan dan jam yang betul. Jika Apple Watch anda tidak bangun apabila anda mengetik paparan atau menekan atau memutar Digital Crown, ia mungkin perlu dicas.
Petua: Jika anda tidak mahu membangunkan Apple Watch anda apabila anda mengangkat tangan anda, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Umum > Bangunkan Skrin, kemudian nyahaktifkan Apabila Tangan Diangkat. Atau, untuk menghalang Apple Watch anda daripada bangun apabila mengangkat tangan anda buat sementara, gunakan mod pawagam pada Apple Watch anda.
Bangun ke aktiviti terakhir anda
Anda boleh setkan Apple Watch untuk kembali ke mana anda berada sebelum ia tidur.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Umum >Bangunkan Skrin dan pastikan Apabila Tangan Diangkat diaktifkan.
Skrol ke bawah dan pilih masa yang anda mahu Apple Watch anda bangun ke app terakhir anda gunakan: Sentiasa, Dalam 1 Jam Penggunaan Terakhir, Dalam 2 Min Penggunaan Terakhir, atau Semasa Dalam Sesi (untuk app seperti Latihan, Remote atau Peta).
Pilih Semasa Dalam Sesi jika anda mahu Apple Watch anda sentiasa bangun ke muka jam (kecuali jika anda masih menggunakan app).
Anda juga boleh melakukan ini menggunakan app Apple Watch pada iPhone anda: Ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Umum > Bangunkan Skrin.
Kekalkan paparan Apple Watch aktif lebih lama
Anda boleh mengekalkan paparan lebih lama apabila anda ketik untuk membangunkan Apple Watch anda.
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Umum > Bangunkan Skrin, kemudian ketik Bangun Selama 70 Saat.