Gunakan Siri pada Apple Watch
![Paparan Apple Watch menunjukkan “Ini yang saya boleh bantu,” diikuti senarai menskrol topik yang anda boleh ketik untuk melihat contohnya. Topik termasuk Penggera, Peringatan dan Jam.](https://help.apple.com/assets/5C8928BF0946225B7E296CC1/5C8928C20946225B7E296CCB/ms_MY/aad1aaf26736e3fbb49d8d969908ea52.png)
Perintah Siri berguna
Siri boleh melaksanakan tugas dan memberikan jawapan secara terus pada Apple Watch anda. Cuba minta Siri lakukan perkara yang biasanya memerlukan anda mengambil beberapa langkah.
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti:
“Mulakan larian luar 30 minit.”
“Beritahu Katrina yang saya hampir siap”
“Buka app Kadar Jantung”
“Mainkan ‘Fists of Fury’ oleh Kamasi Washington”
“Apa yang boleh saya tanya anda?”
![Skrin Siri. Yang di bahagian atas adalah soalan, “Bagaimana cuaca di Tasik Tahoe?” Jawapan di bawahnya mengatakan “Ini cuaca untuk Tasik Tahoe Selatan hari ini,” diikuti graf yang menunjukkan keadaan Tasik Tahoe Selatan mengikut jam.](https://help.apple.com/assets/5C8928BF0946225B7E296CC1/5C8928C20946225B7E296CCB/ms_MY/c204673281249330d911547a00a80c00.png)
Berinteraksi dengan Siri
Untuk membuat permintaan kepada Siri, lakukan mana-mana yang berikut:
Pada Apple Watch Series 3 dan lebih baru, angkat tangan anda dan bercakap kepada Apple Watch anda.
Untuk menyahaktifkan ciri Angkat untuk Cakap, buka Seting
pada Apple Watch anda, pergi ke Umum > Siri, kemudian nyahaktifkan Angkat untuk Cakap.
Pada model lebih lama, katakan "Hai Siri" diikuti permintaan anda.
Ketik butang Siri pada muka jam Siri.
Tekan dan tahan Digital Crown sehingga anda melihat penunjuk pendengaran di bahagian bawah skrin, kemudian cakapkan permintaan anda dan lepaskan Digital Crown.
Petua: Selepas anda tanyakan Siri sesuatu, anda boleh rendahkan pergelangan tangan anda. Anda akan merasa ketikan apabila Siri mempunyai maklum balas.
Untuk menjawab soalan daripada Siri atau untuk menyambung perbualan, tekan bawah Digital Crown dan cakap.
Pada Apple Watch Series 3 dan lebih baru, Siri boleh bercakap balasan kepada anda, seperti yang dilakukannya pada iOS dan macOS. Anda juga boleh mendengar Siri menerusi headset Bluetooth yang disambungkan ke Apple Watch.
Nota: Untuk menggunakan Siri, Apple Watch mesti disambungkan ke Internet. Caj selular mungkin dikenakan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Siri pada Apple Watch anda.