Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
-
- Buka app
- App pada Apple Watch
- Susun app
- Ikon Status
- Pusat Kawalan
- Laraskan kecerahan, saiz teks, bunyi dan haptik
- Siri
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Sambungkan Apple Watch ke rangkaian Wi-Fi
- Serahkan tugas daripada Apple Watch
- Buka kunci Mac anda dengan Apple Watch
- Gunakan Apple Watch tanpa iPhone pasangannya
- Gunakan Apple Watch anda dengan rangkaian selular
- Muka dan Ciri
- Hak Cipta
Sambungkan Apple Watch ke rangkaian Wi-Fi
Dengan menyambungkan Apple Watch anda kepada rangkaian Wi-Fi, anda boleh terus menggunakan kebanyakan cirinya, walaupun anda tidak mempunyai iPhone dengan anda.
Pilih rangkaian Wi-Fi
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Wi-Fi, kemudian ketik nama rangkaian Wi-Fi yang tersedia.
Rangkaian Wi-Fi yang serasi dengan Apple Watch ialah 802.11b/g/n 2.4 GHz.
Jika rangkaian memerlukan kata laluan, gunakan jari anda untuk mencoret aksara kata laluan pada skrin.
Gunakan Digital Crown untuk memilih aksara besar atau kecil.
Ketik Sertai.
Lupakan rangkaian
Buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Wi-Fi, kemudian ketik nama rangkaian yang anda sambungkan.
Ketik Lupakan Rangkaian Ini.
Jika anda menyertai rangkaian itu semula kemudian, anda mesti memasukkan semula kata laluan jika ia memerlukannya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Sambungkan Apple Watch anda ke Wi-Fi.