• Open Menu Close Menu
  • Apple
  • Apple
Panduan Pengguna Apple Watch
Buka MenuTutup Menu
  • Komuniti
  • Hubungi Sokongan
watchOS 6
watchOS 5
Senarai Kandungan

Gunakan kelengkapan gim dengan Apple Watch

Apple Watch anda boleh berpasangan dan menyelaraskan data dengan kelengkapan kardio yang serasi seperti treadmill, latihan elips, basikal dalaman dan banyak lagi, memberikan anda maklumat yang lebih tepat tentang latihan anda.

Skrin Latihan yang memerincikan latihan treadmill. Simbol di penjuru kiri atas menunjukkan bahawa Apple Watch disambungkan ke treadmill secara wayarles.

Pasangkan Apple Watch anda dengan kelengkapan gim

  1. Semak jika kelengkapan serasi—anda akan melihat “Bersambung dengan Apple Watch” atau “Bersambng dengan Apple Watch” pada kelengkapan.

  2. Pastikan jam anda disetkan untuk mengesam kelengkapan gim—buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Latihan, kemudian aktifkan Kesan Peralatan Gim.

  3. Pegang Apple Watch anda beberapa sentimeter daripada pembaca tanpa sentuhan pada kelengkapan gim, dengan paparan menghadap pembaca.

    Ketikan lembut dan bunyi bip mengesahkan bahawa Apple Watch anda dipasangkan.

Jika Kesan Kelengkapan Gim dinyahaktifkan dalam Seting  > Umum > Latihan, buka app Latihan , kemudian pegang Apple Watch anda berdekatan pembaca tanpa sentuhan pada kelengkapan gim, dengan paparan menghadap pembaca.

Mulakan dan tamatkan latihan

Tekan Mula pada kelengkapan gim untuk bermula. Tekan Henti pada kelengkapan untuk menamatkan latihan.

Apabila anda menamatkan latihan anda, data dariapda kelengkapan muncul dalam ringkasan latihan dalam app Aktiviti pada Apple Watch dan iPhone anda.

SebelumnyaPergi berenangSeterusnyaLaraskan seting latihan anda
Apple
  1. Sokongan
  2. Panduan Pengguna Apple Watch
  3. Gunakan kelengkapan gim dengan Apple Watch
Di mana boleh dibeli: cari penjual semula.
Bahasa Melayu
Hak cipta © 2019 Apple Inc. Hak cipta terpelihara.
Dasar Privasi Terma Penggunaan