Cipta ID perubatan kecemasan
ID perubatan memberikan maklumat tentang anda yang mungkin penting ketika kecemasan, seperti alahan dan keadaan perubatan. Apple Watch anda boleh memaparkan maklumat ini supaya ia tersedia untuk orang yang mengendalikan anda dalam kecemasan.
Petua: Mempunyai ID perubatan kecemasan yang disertakan tarikh adalah sangat penting untuk mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas. Apple Watch Series 4 termasuk pengesanan jatuh, yang diaktifkan secara automatik jika anda berusia 65 tahun dan ke atas (ia boleh diaktifkan secara pilihan jika anda berusia bawah 65 tahun). Lihat Pengesanan jatuh dengan Apple Watch (Apple Watch Series 4 sahaja).
Sediakan ID perubatan anda
Buka app Kesihatan pada iPhone anda.
Ketik ID Perubatan di sebelah kanan bawah, kemudian ketik Cipta ID Perubatan.
Lihat ID perubatan anda
Pada Apple Watch anda, tahan butang sisi sehingga gelangsar muncul.
Seret gelangsar ID Perubatan ke kanan.
Jika anda tidak melihat ID perubatan anda apabila anda menahan butang sisi Apple Watch anda, buka app Kesihatan pada iPhone anda, ketik ID Perubatan, ketik Edit, kemudian aktifkan Tunjukkan Apabila Dikunci.
Sembunyikan ID perubatan anda apabila Apple Watch anda dikunci
Buka app Kesihatan pada iPhone anda.
Ketik ID Perubatan, kemudian ketik Edit.
Nyahaktifkan Tunjukkan Apabila Dikunci.
Petua: Tambah kenalan kecemasan ke ID Perubatan anda dan Apple Watch akan memberi isyarat kepada mereka jika anda membuat panggilan kecemasan. Lihat Buat panggilan telefon kecemasan pada Apple Watch.
Pengesanan jatuh dengan Apple Watch (Apple Watch Series 4 sahaja)
Dengan pengesanan jatuh didayakan, jika Apple Watch Series 4 mengesan kejatuhan yang teruk, ia boleh membantu menyambungkan anda kepada perkhidmatan kecemasan dan menghantar mesej kepada kenalan kecemasan anda. Jika anda tidak membalas selama 60 saat dan Apple Watch anda mengesan tiada pergerakan, Apple Watch anda menghubungi perkhidmatan kecemasan secara automatik dan menghantar mesej kepada kenalan kecemasan dalam ID Perubatan anda.
Ciri ini didayakan secara automatik untuk pengguna melebihi 65 tahun. Jika anda berusia kurang daripada 65 tahun, anda boleh mengaktifkan pengesanan jatuh pada Apple Watch Series 4 dengan mengikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik SOS Kecemasan, kemudian aktifkan Pengesanan Jatuh.
Jika anda terjatuh dengan teruk, Apple Watch anda akan mengetik pergelangan tangan anda untuk 15 saat dan membunyikan penggera.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan pengesanan jatuh pada Apple Watch Series 4.