Gunakan Kini Dimainkan pada Apple Watch
Kini Dimainkan membolehkan anda mengawal main balik audio pada Apple Watch, iPhone dan peranti lain.
Buka Kini Dimainkan
Anda boleh buka Kini Dimainkan daripada Dok atau muka jam.
Semasa audio dimainkan, ketik ikon Kini Dimainkan di bahagian atas skrin.
Tekan butang sisi, kemudian ketik Kini Dimainkan dalam Dok.
Ketik butang Kini Dimainkan jika anda telah menambahnya ke muka jam.
Kawal muzik atau podcast pada iPhone
Buka app Muzik atau Podcast pada iPhone anda, kemudian mula mainkan lagu atau podcast.
Buka Kini Dimainkan pada Apple Watch anda dan gunakan kawalannya untuk lagu atau episod podcast yang sedang dimainkan.
Buka Muzik atau Podcast dengan cepat
Apabila memainkan muzik, ketik tajuk lagu dalam Kini Dimainkan untuk membuka app Muzik. Ketik tajuk episod podcast untuk membuka app Podcast.
Gunakan Kini Dimainkan dengan peranti berlainan
Jika lebih daripada satu peranti tersedia untuk memainkan audio—contohnya Apple Watch, iPhone dan HomePod—nama peranti yang anda sedang kawal muncul di penjuru kiri atas.
Ketik < untuk melihat senarai peranti, kemudian ketik salah satu untuk mengawalnya.