Baca mel pada Apple Watch
Baca mel pada Apple Watch anda, kemudian balas menggunakan Rencanakan, atau balasan yang disediakan, atau bertukar ke iPhone anda untuk menaipkan balasan.
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelak gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting tentang Apple Watch anda.
Baca mel dalam pemberitahuan
Untuk membaca mesej baru, hanya angkat pergelangan anda apabila pemberitahuan tiba.
Untuk menutup pemberitahuan, leret bawah daripada atas atau ketik Tutup pada akhir mesej.
Jika anda terlepas pemberitahuan, leret bawah pada muka jam untuk melihat pemberitahuan belum dibaca, kemudian ketik di sana.
Untuk mengawal pemberitahuan e-mel pada Apple Watch anda, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian ketik Mail.
Baca mel dalam app Mail
Buka app Mail pada Apple Watch anda.
Putarkan Digital Crown untuk skrol senarai mesej.
Ketik mesej untuk membacanya.
Untuk lompat ke atas mesej yang panjang, putar Digital Crown, atau ketik bahagian atas skrin.
Mesej diformatkan untuk dilihat pada Apple Watch anda. Kebanyakan gaya teks dikekalkan dan anda boleh mengetik pautan tapak web dalam Mail dan melihat kandungan diformatkan web yang dioptimumkan untuk Apple Watch. Dwiketik untuk zum masuk pada kandungan.
Petua: Anda boleh membuat panggilan atau membuka peta daripada mesej mel—hanya ketik nombor telefon atau alamat.
Bertukar ke iPhone
Apabila anda menerima mesej yang anda mahu baca pada iPhone anda, ikuti langkah ini:
Bangunkan iPhone anda.
Dwiklik butang Utama pada iPhone anda untuk menunjukkan Penukar App. (Pada iPhone X dan lebih baru, leret atas daripada hujung bawah dan jeda untuk menunjukkan Penukar App.)
Ketik butang di bahagian bawah skrin untuk membuka Mail.