Baca mel pada Apple Watch
Baca mel pada Apple Watch anda, kemudian balas menggunakan papan kekunci QWERTY dan QuickPath (tidak tersedia dalam semua bahasa, Apple Watch Series 7 dan Apple Watch Series 8 sahaja), perencanaan, Coretan, emoji atau balasan yang disediakan, atau bertukar ke iPhone anda untuk menaipkan balasan.
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang mengelak gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk Apple Watch.
Baca mel dalam pemberitahuan
Untuk membaca mesej baharu, hanya angkat pergelangan anda apabila pemberitahuan tiba.
Untuk menutup pemberitahuan, leret ke bawah daripada atas atau ketik Tutup pada akhir mesej.
Jika anda terlepas pemberitahuan, leret ke bawah pada muka jam untuk melihat pemberitahuan belum dibaca, kemudian ketik di sana.
Untuk mengawal pemberitahuan e-mel pada Apple Watch anda, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Mail > Tersuai.
Baca mel dalam app Mail
Buka app Mail pada Apple Watch anda.
Putarkan Digital Crown untuk skrol senarai mesej.
Ketik mesej untuk membacanya.
Untuk lompat ke atas mesej yang panjang, putar Digital Crown, atau ketik bahagian atas skrin.
Mesej diformatkan untuk dilihat pada Apple Watch anda. Kebanyakan gaya teks dikekalkan dan anda boleh mengetik pautan tapak web dalam Mail dan melihat kandungan diformatkan web yang dioptimumkan untuk Apple Watch. Dwiketik untuk zum masuk pada kandungan.
Pautan tapak web mungkin tidak tersedia di semua rantau.
Petua: Anda boleh membuat panggilan, membuka peta, atau melihat kandungan diformatkan web daripada mesej mel—hanya ketik nombor telefon, alamat, atau pautan.
Bertukar ke iPhone
Apabila anda menerima mesej yang anda mahu baca pada iPhone anda, ikuti langkah ini:
Bangunkan iPhone anda.
Pada iPhone dengan Face ID, leret ke atas daripada hujung bawah dan jeda untuk menunjukkan Penukar App. (Pada iPhone dengan butang Utama, dwiklik butang Utama untuk menunjukkan Penukar App.)
Ketik butang di bahagian bawah skrin untuk membuka Mail.
Muat turun panduan ini: Apple Books