Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
-
- Buka app
- App pada Apple Watch
- Susun app
- Ikon Status
- Pusat Kawalan
- Laraskan kecerahan, saiz teks, bunyi dan haptik
- Siri
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Sambungkan Apple Watch ke rangkaian Wi-Fi
- Serahkan tugas daripada Apple Watch
- Buka kunci Mac anda dengan Apple Watch
- Gunakan Apple Watch tanpa iPhone pasangannya
- Gunakan Apple Watch anda dengan rangkaian selular
- Muka dan Ciri
- Hak Cipta
Sambungkan Apple Watch kepada fon kepala atau speaker Bluetooth
Anda boleh menstrim muzik ke Apple Watch Series 3 dan lebih baru, atau simpan muzik pada sebarang Apple Watch, kemudian dengarkannya dengan fon kepala atau speaker Bluetooth tanpa iPhone anda berdekatan.
Petua: Jika anda mempunyai AirPods yang anda sediakan dengan iPhone anda, ianya sedia untuk digunakan bersama Apple Watch anda—hanya tekan main.
Pasangkan fon kepala atau speaker Bluetooth
Anda perlukan fon kepala atau speaker Bluetooth untuk mendengar muzik atau audio lain pada Apple Watch anda. Ikuti arahan yang disertakan dengan fon kepala atau speaker untuk memasukkannya dalam mod penemuan.
Apabila peranti Bluetooth bersedia, buka app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Bluetooth, kemudian ketik peranti apabila ia muncul.
Pilih output audio
Sentuh dan tahan bahagian bawah skrin, kemudian leret atas untuk membuka Pusat Kawalan.
Ketik , kemudian pilih peranti yang anda mahu gunakan.
Untuk mendapatkan maklumat penting tentang mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting tentang Apple Watch anda.