Semak cuaca pada Apple Watch
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Apakah ramalan cuaca esok untuk Honolulu?”
Semak keadaan cuaca
Lihat suhu dan keadaan semasa untuk hari ini: Buka app Jam Cuaca
pada Apple Watch anda.
Lihat keadaan ikut jam; maklumat kualiti udara, indeks UV dan kelajuan angin; dan ramalan 10 hari: Ketik bandar, kemudian skrol ke bawah.
Ketik < di penjuru kiri atas untuk kembali ke senarai bandar.
Lihat lebih banyak butiran cuaca.
Buka app Jam Cuaca
pada Apple Watch anda.
Ketik bandar.
Tekan kuat paparan, kemudian ketik untuk melihat ramalan hujan, keadaan, atau suhu mengikut jam.
Anda juga boleh mengetik paparan untuk mengitar menerusi ramalan ini.
Tambah bandar
Buka app Jam Cuaca
pada Apple Watch anda.
Skrol ke bahagian bawah senarai bandar, kemudian ketik Tambah Bandar.
Ketik Perencanaan atau Coretan, kemudian masukkan nama bandar.
Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.
Ketik Selesai, kemudian ketik nama bandar dalam senarai hasil.
App Cuaca pada iPhone anda menunjukkan bandar yang sama, dalam tertib yang sama yang anda tambah ke app Cuaca pada Apple Watch anda. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk maklumat tentang menyediakan app Cuaca pada iPhone anda.
Keluarkan bandar
Buka app Jam Cuaca
pada Apple Watch anda.
Ketik bandar yang anda mahu keluarkan.
Tekan kuat paparan, kemudian ketik Keluarkan.
Bandar dikeluarkan daripada Apple Watch dan iPhone anda.
Pilih bandar lalai anda
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Cuaca > Bandar Lalai.
Keadaan untuk bandar tersebut ditunjukkan pada muka jam, jika anda telah menambah cuaca ke muka tersebut.