Gunakan kad ganjaran pada Apple Watch
Jika anda mempunyai kad ganjaran daripada pedagang yang disokong, anda boleh menambahnya ke Wallet anda, kemudian menunjukkannya kepada pembaca kad tanpa sentuhan sebagai sebahagian daripada transaksi anda menggunakan Apple Watch anda.
Tambah kad ganjaran ke Apple Watch
Anda boleh menambah kad ganjaran daripada pautan e-mel atau tapak web atau daripada pemberitahuan yang dihantar ke iPhone anda.
Pautan e-mel atau tapak web: Cari pautan “Tambah ke Apple Wallet”. Ketik pautan tersebut untuk menambah kad ganjaran ke Wallet.
Pemberitahuan: Selepas membayar dengan Apple Pay dan menyediakan maklumat kad ganjaran anda, anda mungkin mendapat satu pemberitahuan pada iPhone yang membenarkan anda menambah kad itu sebagai kad ganjaran. Ketik pemberitahuan, kemudian ketik Tambah.
Gunakan kad ganjaran pada Apple Watch
Apabila anda digesa untuk memberikan maklumat ganjaran anda (dan anda melihat logo Apple Pay), ikuti langkah ini:
Dwiklik butang sisi.
Leret untuk memilih kad bayaran utama anda.
Pegang Apple Watch anda beberapa sentimeter daripada pembaca tanpa sentuhan, dengan paparan menghadap pembaca.
Gunakan kad ganjaran anda tanpa membayar menggunakan Apple Pay
Dwiklik butang sisi.
Leret ke kad ganjaran.
Pegang Apple Watch anda pada pembaca, dengan paparan menghadap pembaca.