Hantar, terima dan minta wang menggunakan Apple Watch (A.S. sahaja)
Selain daripada menggunakan Apple Cash untuk membuat pembelian dalam kedai, anda juga boleh menggunakannya untuk menghantar wang kepada rakan dan keluarga. Semudah menghantar mesej atau meminta Siri. Anda boleh meminta dan menerima wang semudah itu.
Nota: Apple Cash tidak tersedia di semua rantau dan disokong pada iPhone SE dan iPhone 6 dan lebih baru. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan butiran tentang penggunaan Apple Pay dan Apple Cash.
Hantar bayaran daripada Apple Watch
Minta Siri. Cakap sesuatu seperti “Hantar Sara $25.” Jika anda mempunyai lebih daripada satu Sara dalam kenalan anda, anda diminta untuk memilih salah satu.
Buka app Mesej pada Apple Watch anda.
Mulakan perbualan baru atau pilih perbualan sedia ada, kemudian ketik .
Putarkan Digital Crown atau ketik butang tambah atau tolak untuk memilih jumlah dolar genap.
Untuk menghantar jumlah yang tidak genap—contohnya $10.95—ketik jumlah dolar, ketik selepas titik perpuluhan, kemudian putar Digital Crown untuk memilih nilai.
Ketik Bayar, sahkan bayaran, kemudian dwiklik butang sisi untuk hantar.
Apabila bayaran selesai, mesej pengesahan muncul.
Bayaran diambil daripada baki Apple Cash anda dahulu. Jika baki Apple Cash anda tidak mencukupi, baki selebihnya dibayar dengan kad debit.
Batalkan bayaran
Anda boleh membatalkan bayaran selagi penerima belum menerimanya.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Wallet & Apple Pay, kemudian ketik kad Apple Cash anda.
Ketik Transaksi, ketik transaksi yang belum dibayar, kemudian ketik Batal Bayaran.
Minta bayaran daripada Apple Watch
Gunakan Siri untuk meminta bayaran—sebutkan sesuatu seperti “Minta Melissa hantar $30 kepada saya.”
Apabila Mesej dibuka untuk menunjukkan permintaan bayaran anda, ketik Minta.
Apabila anda menggunakan Apple Cash untuk kali pertama, anda mesti bersetuju dengan terma dan syarat pada iPhone anda sebelum menerima bayaran. Bayaran seterusnya diterima secara automatik kecuali jika anda memilih untuk menerima setiap bayaran secara manual. Untuk menukar seting ini, buka Wallet pada iPhone anda, ketik untuk kad Apple Cash tersebut, kemudian ketik Terima Bayaran Secara Manual.
Balas permintaan bayaran pada Apple Watch
Ketik butang Bayar yang muncul dalam permintaan bayaran dalam Mesej.
Putarkan Digital Crown atau ketik butang pada skrin untuk menukar jumlah mengikut kemahuan anda.
Ketik Bayar, kemudian dwiklik butang sisi untuk hantar.
Lihat butiran transaksi pada Apple Watch
Buka app Mesej pada Apple Watch anda.
Ketik mesej Apple Pay untuk melihat ringkasan transaksi.
Untuk melihat semua transaksi anda pada iPhone anda, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik kad, kemudian ketik Transaksi. Untuk menerima penyata PDF sejarah transaksi Apple Cash anda melalui e-mel, ketik kad Apple Cash anda, ketik Transaksi, leret ke bawah, kemudian ketik Minta Penyata Transaksi.