Hantar mesej daripada Apple Watch
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Beritahu Azim saya akan tiba dalam masa 20 minit.” Kemudian turunkan pergelangan anda untuk menghantar.
Cipta mesej pada Apple Watch
Buka app Mesej pada Apple Watch anda.
Tekan kuat paparan, kemudian ketik Mesej Baru.
Ketik Tambah Kenalan, ketik kenalan dalam senarai perbualan terbaru yang muncul, kemudian pilih pilihan:
Ketik untuk memilih daripada senarai penuh kenalan anda.
Ketik untuk memasukkan nombor telefon.
Ketik untuk mencari seseorang dalam kenalan anda atau rencanakan nombor telefon.
Balas mesej
Putar Digital Crown untuk skrol ke bawah mesej, kemudian pilih bagaimana untuk membalas.
Untuk membalas dengan cepat dengan Tapback, dwiketik mesej tertentu dalam perbualan, kemudian ketik Tapback—seperti ibu jari atas atau hati.
Karang mesej pada Apple Watch
Terdapat banyak cara untuk mengarang mesej pada Apple Watch anda.
Hantar balasan pintar: Skrol untuk melihat senarai frasa mudah yang anda boleh gunakan—hanya ketik salah satu untuk menghantarnya.
Untuk menambah frasa anda sendiri, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Mesej > Balasan Lalai, kemudian ketik Tambah Balasan. Untuk sesuaikan balasan lalai, ketik Edit, kemudian seret untuk aturnya semula atau ketik untuk memadamkan salah satu.
Jika balasan pintar bukan dalam bahasa yang anda ingin gunakan, tekan paparan, kemudian ketik Pilih Bahasa. Bahasa tersedia ialah bahasa yang anda dayakan pada iPhone anda dalam Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci.
Coret mesej: Ketik , kemudian tuliskan mesej anda. Semasa anda menulis, putar Digital Crown untuk melihat pilihan teks ramalan, kemudian ketik salah satu untuk memilihnya. Ketik Hantar untuk menghantar mesej.
Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.
Rencanakan teks: Ketik , sebutkan perkara yang anda mahu sebut, kemudian ketik Selesai. Anda dapat menyebut tanda baca, juga—sebagai contoh, “adakah ia tiba tanda soal.”
Jika anda menggunakan lebih dari satu bahasa dan perencanaan anda tidak disalin dalam bahasa yang betul untuk perbualan, anda masih dapat menghantarnya sebagai klip audio. Atau, tukar bahasa perencanaan: Tekan paparan, kemudian ketik Pilih Bahasa.
Cipta klip audio: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Mesej > Mesej Direncanakan, kemudian ketik Transkrip, Audio, atau Transkrip atau Audio. Jika anda ketik Audio, penerima menerima teks direncanakan anda sebagai klip audio untuk didengar, bukan mesej teks untuk dibaca. Jika anda ketik Transkrip atau Audio, anda boleh memilih format mesej anda apabila anda menghantarnya.
Hantar emoji: Ketik , ketik kategori, kemudian skrol untuk menyemak imej tersedia. Apabila anda menemui simbol yang betul, ketik untuk menambahnya ke mesej anda, kemudian ketik Hantar.
Hantar pelekat: Ketik , kemudian skrol ke bawah, kemudian ketik Pelekat. Ketik salah satu untuk menghantarnya. Untuk mencipta pelekat baru atau melihat semua pelekat anda, gunakan Mesej pada iPhone anda.
Gunakan Apple Pay untuk menghantar dan menerima wang
Buka app Mesej pada Apple Watch anda.
Mulakan perbualan baru atau teruskan perbualan sedia ada.
Ketik .
Pilih jumlah untuk dihantar menggunakan Digital Crown, kemudian ketik Bayar.
Sahkan bayaran, kemudian dwiklik butang sisi untuk hantar.
Lihat Hantar, terima dan minta wang menggunakan Apple Watch (A.S. sahaja).
Nota: Apple Cash tidak tersedia di semua rantau.
Kongsi lokasi anda
Untuk menghantar peta menunjukkan lokasi semasa anda, tekan kuat paparan ketika melihat perbualan, kemudian ketik Hantar Lokasi.
Pada iPhone dipasangkan anda, pastikan Kongsi Lokasi Saya diaktifkan dalam Seting > [nama anda] > iCloud > Kongsi Lokasi Saya. Atau, pada Apple Watch dengan selular anda, buka Seting , pergi ke Umum > Perkhidmatan Lokasi, kemudian aktifkan Kongsi Lokasi Saya.
Panggil orang yang anda berbalas mesej dengannya
Tekan kuat paparan semasa melihat perbualan.
Ketik Butiran, kemudian ketik .