Buka kunci Mac anda dengan Apple Watch
Jika anda mempunyai Mac (pertengahan 2013 atau lebih baru) dengan macOS Sierra (Apple Watch Series 1 dan 2) atau macOS High Sierra atau lebih baru (Apple Watch Series 3 atau lebih baru), Apple Watch anda boleh membuka kunci Mac anda apabila ia bangun daripada tidur. Anda perlu mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID yang sama pada kedua-dua Mac dan Apple Watch anda.
Petua: Untuk mengetahui usia Mac anda, klik menu Apple di penjuru kiri atas skrin komputer anda, kemudian pilih Perihal Mac Ini. Tahun Mac anda dibuat disenaraikan bersebelahan model—sebagai contoh, “MacBook Pro (Retina, 13-inci, Pertengahan Tahun 2014).”

Aktifkan Buka Kunci Auto
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem.
Klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Umum.
Pilih kotak semak “Benarkan Apple Watch untuk membuka kunci Mac anda”.
Jika anda tidak mengaktifkan pengesahan dua-faktor untuk Apple ID anda, ikuti arahan atas skrin, kemudian cuba memilih kotak semak lagi. Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Mac anda mesti turut diaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth.
Buka kunci Mac anda
Semasa memakai jam anda, hanya bangunkan Mac anda—tidak perlu menaip kata laluan anda.
Petua: Pastikan Apple Watch anda berada pada pergelangan anda dan dibuka kunci.