Dengar radio pada Apple Watch
Radio ialah rumah Beats 1 yang menampilkan rancangan radio bertaraf dunia, muzik tekini dan temu ramah eksklusif. Anda juga boleh mendengar stesen ditampilkan yang dicipta oleh pakar muzik. Untuk mendengar Radio, anda mesti menggunakan Apple Watch Series 3 atau lebih baru.
Dengar radio langsung
Untuk mendengar radio langsung, pastikan Apple Watch Series 3 atau lebih baru anda berada berdekatan dengan iPhone anda atau disambungkan ke rangkaian Wi-Fi —atau rangkaian selular, jika anda mempunyai Apple Watch dengan selular.
Buka app Radio pada Apple Watch anda.
Putarkan Digital Crown untuk skrol ke bahagian atas skrin.
Ketik Stesen, kemudian ketik rancangan Beats 1 yang sedang dimainkan.
Dengar stesen ditampilkan atau genre
Anda mesti merupakan pelanggan Apple Music untuk mendengar stesen ditampilkan atau genre.
Buka app Radio pada Apple Watch 3 anda atau lebih baru.
Ketik Stesen, kemudian putar Digital Crown untuk skrol menerusi stesen dan genre yang dicipta oleh pakar muzik.
Ketik genre untuk melihat stesennya.
Ketik stesen untuk memainkannya.
Dengar radio melalui sambungan selular
Untuk mendengar radio melalui selular, anda mesti menggunakan Apple Watch dengan selular.
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Muzik.
Ketik Data Selular, kemudian aktifkan Penstriman.