Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
-
- Buka app
- App pada Apple Watch
- Susun app
- Ikon Status
- Pusat Kawalan
- Laraskan kecerahan, saiz teks, bunyi dan haptik
- Siri
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Sambungkan Apple Watch ke rangkaian Wi-Fi
- Serahkan tugas daripada Apple Watch
- Buka kunci Mac anda dengan Apple Watch
- Gunakan Apple Watch tanpa iPhone pasangannya
- Gunakan Apple Watch anda dengan rangkaian selular
- Muka dan Ciri
- Hak Cipta
Tambah podcast ke Apple Watch
Apabila anda menambah podcast ke Apple Watch anda, anda boleh mendengarnya ke mana sahaja anda pergi, walaupun anda tidak mempunyai iPhone anda bersama. Hanya langgan rancangan dalam app Podcast pada iPhone anda dan episod terbaru rancangan tersebut diselaraskan secara automatik ke Apple Watch anda. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang melanggan podcast.
Selaraskan podcast tertentu ke Apple Watch
Secara lalai, Apple Watch menyelaraskan episod terbaru daripada semua podcast yang anda langgani. Untuk menyelaraskan podcast tertentu, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Podcast.
Nyahaktifkan Dengar Sekarang, kemudian aktifkan suis untuk podcast yang anda mahu selaraskan ke Apple Watch anda.
Untuk menyelaraskan semula semua podcast yang anda langgani dengan Apple Watch anda, aktifkan Dengar Sekarang.