Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baru
-
- Mulakan
- Apple Watch anda
- Gerak isyarat Apple Watch
- Sediakan dan pasangkan Apple Watch anda dengan iPhone
- App Apple Watch
- Cas Apple Watch
- Aktifkan dan bangunkan Apple Watch
- Kunci atau buka kunci Apple Watch
- Tukar bahasa dan orientasi pada Apple Watch
- Keluarkan, tukar dan ketatkan tali Apple Watch
- Kekal sihat dengan Apple Watch
- Jejak maklumat kesihatan penting dengan Apple Watch
- Kekal berhubung dengan Apple Watch
-
- App pada Apple Watch
- Buka app
- Susun app
- Dapatkan lebih app
- Ketahui masa
- Ikon Status
- Pusat Kawalan
- Laraskan kecerahan, saiz teks, bunyi dan haptik
- Siri
- Dengar dan balas mesej
- Lihat dan tindak balas pada pemberitahuan
- Gunakan pintasan
- Cipta ID Perubatan kecemasan
- Uruskan pengesanan jatuh
- Sediakan Mencuci Tangan
- Sambungkan Apple Watch ke rangkaian Wi-Fi
- Sambung kepada fon kepala atau speaker Bluetooth
- Serahkan tugas daripada Apple Watch
- Buka kunci Mac anda dengan Apple Watch
- Buka kunci iPhone dengan Apple Watch
- Gunakan Apple Watch tanpa iPhone pasangannya
- Gunakan Apple Watch anda dengan rangkaian selular
-
- VoiceOver
- Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver
- Asas Apple Watch dengan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Zum
- Ketahui masa dengan maklum balas haptik
- Laraskan saiz teks dan seting visual lain
- Laraskan seting kemahiran motor
- Sediakan dan gunakan RTT
- Seting audio kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
- Hak Cipta
Tambah podcast ke Apple Watch
Apabila anda menambah podcast ke Apple Watch anda, anda boleh mendengarnya ke mana sahaja anda pergi, walaupun anda tidak mempunyai iPhone anda bersama. Hanya langgan rancangan dalam app Podcast pada iPhone anda dan episod terbaru rancangan tersebut ditambah ke Apple Watch anda apabila ia disambungkan ke sumber kuasa. Lihat Panduan Pengguna iPhone untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang melanggan podcast.
Selaraskan podcast tertentu ke Apple Watch
Secara lalai, Apple Watch menyelaraskan satu episod daripada setiap 10 rancangan teratas dalam Dengar Sekarang pada iPhone anda. Untuk menyelaraskan podcast tertentu, ikuti langkah ini:
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Podcast.
Ketik Tersuai, kemudian aktifkan stesen dan rancangan yang anda mahu selaraskan ke Apple Watch anda.
Apple Watch anda akan cuba untuk menyelaraskan tiga episod daripada setiap rancangan yang anda pilih. Jika anda memilih stesen tersuai, Apple Watch anda akan cuba untuk menambahkan sebanyak mungkin episod yang belum dimainkan.
Untuk menyelaraskan semula semua podcast yang anda langgani dengan Apple Watch anda, ketik Seterusnya.
Lihat podcast yang dimuat turun
Buka app Podcast pada Apple Watch anda.
Ketik Pustaka, kemudian ketik Muat Turun.