Hantar mesej daripada Apple Watch
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Beritahu Azim saya akan tiba dalam masa 20 minit.” Kemudian turunkan pergelangan anda untuk menghantar.
Cipta mesej pada Apple Watch
Buka app Mesej pada Apple Watch anda.
Skrol ke bahagian atas skrin, kemudian ketik Mesej Baru.
Ketik Tambah Kenalan, ketik kenalan dalam senarai perbualan terbaru yang kelihatan, kemudian pilih pilihan:
Ketik untuk mencari seseorang dalam kenalan anda atau rencanakan nombor telefon.
Ketik untuk memilih daripada senarai penuh kenalan anda.
Ketik untuk memasukkan nombor telefon.
Balas mesej
Putar Digital Crown untuk skrol ke bawah mesej, kemudian pilih bagaimana untuk membalas.
Untuk membalas dengan cepat dengan Tapback, dwiketik mesej tertentu dalam perbualan, kemudian ketik Tapback—seperti ibu jari atas atau hati.
Balas secara terus kepada satu mesej dalam perbualan.
Dalam perbualan kumpulan, anda boleh membalas ke mesej tertentu sebaris untuk membantu memastikan perbualan teratur.
Dalam perbualan Mesej, sentuh dan tahan mesej tertentu untuk membalas kepadanya, kemudian ketik Balas.
Cipta respons anda, kemudian ketik Hantar.
Hanya orang yang anda balas dapat melihat mesej tersebut.
Karang mesej pada Apple Watch
Terdapat banyak cara untuk mengarang mesej pada Apple Watch anda.
Hantar balasan pintar: Skrol untuk melihat senarai frasa mudah yang anda boleh gunakan—hanya ketik salah satu untuk menghantarnya.
Untuk menambah frasa anda sendiri, buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Mesej > Balasan Lalai, kemudian ketik Tambah Balasan. Untuk sesuaikan balasan lalai, ketik Edit, kemudian seret untuk aturnya semula atau ketik untuk memadamkan salah satu.
Jika balasan pintar bukan dalam bahasa yang anda mahu gunakan, skrol ke bawah, ketik Bahasa, kemudian ketik bahasa. Bahasa tersedia ialah bahasa yang anda dayakan pada iPhone anda dalam Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci.
Rencanakan teks: Ketik , sebutkan perkara yang anda mahu sebut, kemudian ketik Selesai. Anda dapat menyebut tanda baca, juga—sebagai contoh, “adakah ia tiba tanda soal.”
Cipta klip audio: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Mesej > Mesej Direncanakan, kemudian ketik Transkrip, Audio, atau Transkrip atau Audio. Jika anda ketik Audio, penerima menerima teks direncanakan anda sebagai klip audio untuk didengar, bukan mesej teks untuk dibaca. Jika anda ketik Transkrip atau Audio, anda boleh memilih format mesej anda apabila anda menghantarnya.
Coret mesej: Ketik , kemudian tuliskan mesej anda. Semasa anda menulis, putar Digital Crown untuk melihat pilihan teks ramalan, kemudian ketik salah satu untuk memilihnya. Ketik Hantar untuk menghantar mesej.
Nota: Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.
Jika anda menyediakan Apple Watch anda untuk menggunakan lebih daripada satu bahasa, ketik Bahasa, pilih bahasa, ketik atau , kemudian cipta mesej anda.
Hantar emoji: Ketik , ketik kategori, kemudian skrol untuk menyemak imej tersedia. Apabila anda menemui simbol yang betul, ketik untuk menghantarnya.
Hantar pelekat Memoji: Ketik , ketik imej dalam koleksi Pelekat Memoji, kemudian ketik variasi untuk menghantarnya.
Hantar pelekat: Ketik , kemudian skrol ke bawah, kemudian ketik Lebih Pelekat. Ketik salah satu untuk menghantarnya. Untuk mencipta pelekat baru atau melihat semua pelekat anda, gunakan Mesej pada iPhone anda.
Gunakan Apple Pay untuk menghantar dan menerima wang
Buka app Mesej pada Apple Watch anda.
Mulakan perbualan baru atau teruskan perbualan sedia ada.
Ketik .
Pilih jumlah untuk dihantar menggunakan Digital Crown, kemudian ketik Bayar.
Dwiklik butang sisi untuk menghantar.
Lihat Hantar, terima dan minta wang menggunakan Apple Watch (A.S. sahaja).
Nota: Apple Cash tidak tersedia di semua rantau.
Kongsi lokasi anda
Untuk menghantar peta yang mengandungi lokasi semasa anda kepada seseorang, skrol ke bawah, kemudian ketik Hantar Lokasi.
Pada iPhone berpasangan anda, pastikan Kongsi Lokasi Saya diaktifkan dalam Seting > [nama anda] > Cari > Kongsi Lokasi Saya. Atau, pada Apple Watch dengan selular anda, buka app Seting , pergi ke Privasi > Perkhidmatan Lokasi, kemudian aktifkan Kongsi Lokasi Saya.
Hubungi orang yang anda berbalas mesej dengannya
Semasa melihat perbualan, skrol ke bawah.
Ketik Butiran, kemudian ketik , , atau .