Kekal sihat dengan Apple Watch
Apple Watch boleh menjejak aktiviti dan latihan anda dan menggalakkan anda untuk menjalani hidup yang lebih aktif menerusi peringatan lembut dan pertandingan persahabatan.
Tutup setiap gelang
Apple Watch anda menjejak berapa banyak anda bergerak, kekerapan anda berdiri dan masa anda bersenam setiap hari. Setkan matlamat dalam app Aktiviti , kemudian semak kemajuan anda sepanjang hari. Skrol ke bawah untuk butiran lanjut seperti jumlah langkah dan jarak. Apple Watch memberitahu anda apabila anda melengkapkan matlamat.
Mulakan latihan
Buka app Latihan , kemudian ketik jenis latihan yang anda mahukan—seperti larian, renangan, atau tarian. Semua statistik anda kelihatan pada satu skrin supaya anda boleh menyemak kemajuan anda dengan sekilas pandang. Jika anda terlupa untuk memulakan latihan sebelum bersenam, jangan risau—Apple Watch mencadangkan anda buka app Latihan dan memberikan anda kredit untuk senaman yang anda telah lakukan.
Gunakan kuasa pedal
Dengan watchOS 7, Apple Watch anda menjadikannya mudah untuk berlatih dengan basikal dengan menyediakan arah berbasikal untuk anda—lengkap dengan peta yang menunjukkan perubahan ketinggian, laluan basikal dan jalan yang sesak.
Apa khabar?
Aktiviti terbaru anda nampak hebat, tetapi bagaimana prestasinya berbanding tahun lepas? Ciri Aliran boleh memberitahu anda. Buka app Kecergasan pada iPhone anda, ketik tab Ringkasan dan leret ke atas untuk melihat arah tujuan metrik aktiviti anda supaya anda boleh meneruskannya atau menterbalikkannya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Apple Watch sebagai rakan kecergasan, lihat Jejak aktiviti harian, Mulakan latihan, Dapatkan arah dan Semak aliran anda.